Tuesday, November 25, 2014

Budak ditampar sehingga pengsan



SEORANG anggota polis menunjukkan lokasi di mana mayat Mohd. Shariqal ditemui di dalam sebuah sungai kecil di Kampung Jimpangah, Beaufort, Sabah semalam.


BEAUFORT – Budak lelaki berusia tiga tahun yang ditemui mati selepas diculik dipercayai ditampar bertubi-tubi sehingga pengsan sebelum dibuang ke dalam sungai kecil di Kampung Jimpangah bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa.
Pembuangan kanak-kanak dikenali Mohd. Shariqal Sidek itu ke dalam sungai kecil terbabit adalah dengan harapan mayat budak berkenaan akan di­hanyutkan ke Sungai Padas sebelum ke laut.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Supernitendan Mustaffa Maarof Mustaffa berkata, tamparan tersebut dikatakan berlaku ketika mangsa berada dalam kenderaan milik suspek jenis Atos berwarna biru muda.
Katanya, suspek menculik mangsa dengan mengangkatnya memasuki kenderaan tersebut selepas terpisah daripada dua lagi abangnya, Mohd. Syahfuddin, 8 dan Mohd. Syahrizam, 6, semasa bermain di kebun getah.
Jarak kebun getah tersebut yang terletak bersebelahan rumah suspek dengan rumah mang­sa kira-kira 80 meter.
“Semasa berada dalam kenderaan suspek, mangsa telah ditampar beberapa kali oleh suspek sehingga jatuh pengsan.
“Melihat keadaan mangsa itu, suspek dikatakan mula celaru sebelum membuat keputusan membuang mangsa ke dalam sungai kecil di Kampung Jimpangah berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. John,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Beuafort di sini semalam.
Difahamkan, suspek menampar mangsa lebihi 10 kali sehingga menyebabkan mulut kanak-kanak itu berbuih.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1125&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3K3AauWLa 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment