Tuesday, November 25, 2014

Timbang rancang keluarga


Riyadh: Majlis Ulama Kanan dan Majlis Syura digesa menyuarakan pandangan mereka mengenai isu mengawal populasi demi menjaga sumber ekonomi Arab Saudi.

Pakar ekonomi Fadhel al-Bouainain berkata, isu itu sensitif kerana ramai tidak mahu membincangkan perancangan keluarga secara terbuka.

“Orang ramai takut membincangkannya kerana dianggap sensitif tanpa memandang kepada aspek pendidikan, ekonomi dan organisasi.

“Perancangan keluarga perlu dilakukan bagi mengurangkan perbelanjaan selain memastikan pendidikan serta kemudahan terbaik untuk anak mereka,” katanya.

Menurutnya, pertumbuhan penduduk Arab Saudi yang tertinggi di dunia.

Fadhel berkata, kawalan kelahiran penting bagi mengurangkan tekanan terhadap kemudahan infrastruktur negara itu terutama bagi kesihatan, pendidikan dan perumahan.

Banci terbaru menunjukkan populasi Arab Saudi kini hampir 20 juta orang bererti ia meningkat sekali ganda dalam tempoh 15 tahun lalu.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 5:01 AM

No comments:

Post a Comment