Wednesday, July 8, 2015

Greece diberi peluang terakhir kekal dalam zon euro



ORANG ramai beratur untuk mengunakan mesin ATM di sebuah cawangan bank di Athens semalam. - AGENSI


ATHENS – Greece memiliki peluang terakhir untuk kekal dalam zon mata wang euro apabila Perdana Menteri Alexis Tsipras mengemukakan beberapa usul dalam satu sidang kemuncak Eropah semalam selepas rakyatnya menolak pelan penjimatan ketat Kesatuan Eropah (EU) dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).
Ketika bank-bank Greece mengalami kekurangan wang tunai, Tsipras perlu memujuk 18 pemimpin zon euro lain supaya memberikan pinjaman baharu bagi menyelamatkan Greece daripada muflis.
Kelmarin, dua pemimpin negara utama zon euro iaitu Jerman dan Perancis menyatakan bahawa pintu masih terbuka untuk satu persetujuan dicapai bagi menyelamatkan ekonomi Greece dan mengelak negara itu keluar daripada zon euro.
“Namun, semuanya bergantung kepada Tsipras untuk mengemukakan usul yang menyakinkan selepas beliau menolak menaikkan cukai, memotong perbelanjaan dan melakukan rombakan tenaga buruh menjelang tamatnya pelan penyelamatan ekonomi Greece pada minggu lalu,” kata Canselor Jerman, Angela Merkel.
“Pintu rundingan masih terbuka tetapi masa semakin suntuk buat Geece dan EU,” kata Presiden Perancis, Francois Hollande.
Sekiranya Greece kehabisan wang dan terpaksa mencetak mata wangnya sendiri, ia akan menyebabkan sebuah negara zon euro meninggalkan mata wang itu untuk kali pertama sejak penubuhannya pada 1999.
Situasi itu turut mengancam integriti mata wang euro, kata seotang penganalisis firma BNP Paribas, Thibault Mercier. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3fFKmYTka 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment