SHAH ALAM - PKR sedia mengisytiharkan sumber dana politik parti itu seperti dicabar BN selepas isu menjadi topik hangat mutakhir ini.

Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata, PKR bersedia untuk ada satu peruntukan akta yang jelas bagi maksud tersebut dan perlu dibincang di Dewan Rakyat.

"Itu memang dasar kita daripada awal penubuhan iaitu mempertahankan prinsip ketelusan untuk memastikan amalan yang dibuat di beberapa buah negara maju yang telus dalam pengurusan pilihan raya.

"Di German kerajaan bertanggungjawab untuk agihkan dana politik bagi tujuan demokrasi," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), di sini, hari ini.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan supaya semua parti mengisytiharkan sumber dana politik masing-masing.

Menurut beliau, cadangan itu telah dibuat oleh beliau sebelum ini tetapi tidak dipersetujui oleh DAP.