Thursday, July 21, 2011

EU kecam rancangan Israel bina penempatan baru

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) semalam mengecam keputusan Israel untuk membina 336 apartmen baru di penempatan Yahudi di Tebing Barat.

EU berkata, penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur itu adalah haram menurut undang-undang antarabangsa dan menjadi penghalang kepada perjanjian damai dengan Palestin.


Kenyataan yang dikeluarkan kesatuan berkenaan juga berkata, rancangan rejim Zionis itu juga menjejaskan usaha masyarakat antarabangsa untuk mencapai penyelesaian damai terhadap konflik di rantau itu.

Isnin lalu, Israel mengeluarkan bidaan untuk membina 336 apartmen baru di penempatan Yahudi di Karnei Shomron dan Betar Illit yang terletak di Tebing Barat.


Britain yang juga anggota EU, mengeluarkan kritikan berasingan.


“Rancangan meluaskan penempatan haram di Tebing Barat akan merumitkan lagi usaha damai,” kata Setiausaha Luarnya, William Hague. - AP

myMetro | EU kecam rancangan Israel bina penempatan baru

Iran tembak jatuh dron AS

TEHRAN: Pengawal revolusi Iran menembak jatuh sebuah pesawat pengintip tanpa juruterbang milik tentera Amerika Syarikat yang didakwa cuba mengumpul maklumat mengenai loji pengayaan uranium bawah tanah.

Televisyen milik Kelab Wartawan Remaja memetik anggota Parlimen, Ali Aghazadeh Dafsari sebagai berkata, pesawat terbabit ditembak jatuh di kawasan nuklear Fordu, berhampiran bandar suci Qom di tengah Iran.


Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyebut bila kejadian berlaku.

Iran terbabit dalam pertelingkahan dengan Amerika Syarikat dan sekutunya berhubung program nuklear yang didakwa Barat bertujuan menghasilkan senjata nuklear.


Iran menafikan tuduhan itu dengan berkata, program berkenaan bertujuan menjana elektrik dan menghasilkan isotop untuk merawat pesakit.


Loji pengayaan uranium Fordu itu dibina berhampiran kompleks tentera.

Iran hanya mengakui kewujudan Fordo selepas agensi perisikan barat mengesannya pada September 2009.

Kemudahan itu dilapor terletak 90 meter di bawah sebuah gunung.

Iran berkata, ia merancang memasang pengempar canggih di Fordu bagi mempercepatkan aktiviti nuklearnya.


Ini bukan kali pertama Iran mendakwa menembak pesawat pengintip Amerika Syarikat.


Bulan lalu, pegawai tentera Iran menunjukkan kepada pakar Russia beberapa pesawat tanpa juruterbang Amerika yang ditembak jatuh sepanjang beberapa tahun lalu. - Reuters

myMetro | Iran tembak jatuh dron AS

Ahli Parlimen Filipina lawat Spratly walau dibantah China


PULAU THITU (Laut China Selatan): Penggubal undang-undang Filipina terbang ke kepulauan Spratly yang menjadi rebutan, semalam walaupun mendapat amaran daripada China yang tindakan itu akan merosakkan hubungan dan menyebabkan ketidakstabilan di rantau berkenaan.
Lima anggota Parlimen disertai oleh sekumpulan kecil anggota tentera, pegawai kerajaan dan wartawan tiba dengan dua pesawat persendirian. Mereka juga menaikkan dua bendera Filipina di atas bangunan kerajaan.

Ahli Parlimen, Walden Bello berkata, delegasi itu datang untuk mempromosikan penyelesaian secara damai ke atas wilayah yang menjadi rebutan, tetapi menekankan rakyat Filipina yang mengenali pulau itu sebagai ‘Pag-asa’ bersedia untuk mempertahankan wilayah Filipina itu. - AFP

myMetro | Ahli Parlimen Filipina lawat Spratly walau dibantah China

Murdoch puji Singapura

SINGAPURA: Taikun media Rupert Murdoch memuji kerajaan Singapura kerana membayar gaji yang tinggi kepada menterinya bagi mengelakkan rasuah.

Murdoch memberikan contoh itu ketika membela anak lelakinya dan syarikat News Corporation miliknya yang didakwa terbabit dengan kes intipan telefon. Ahli Parlimen Britain sejak kebelakangan ini dilanda skandal rasuah ekoran beberapa kes tuntutan perbelanjaan palsu hingga menyebabkan sesetengahnya dihukum penjara. - Reuters

myMetro | Murdoch puji Singapura

Putera mahkota Thai diarah bayar RM84 juta

FRANKFURT: Mahkamah Jerman, semalam mengarahkan Putera Mahkota Thailand membayar wang pendahuluan 20 juta euro (RM84 juta) untuk pesawatnya dikembalikan.

Pegawai insolvensi Jerman merampas pesawat Boeing 737 itu minggu lalu bagi memaksa kerajaan Thai membayar hutang yang berhubungkait dengan projek pembinaan jalan raya di Bangkok. Kerajaan Thailand menggelar rampasan itu ‘satu kesilapan besar’ dan menghantar delegasi ke Berlin bagi menjelaskan pesawat itu dimiliki putera berkenaan bukannya kerajaan. Mahkamah Landshut di Bavaria berkata dalam satu kenyataan, semalam angka 84 juta itu dibuat berdasarkan nilai anggaran pesawat berkenaan. - AFP

myMetro | Putera mahkota Thai diarah bayar RM84 juta

Bekas ratu ditiduri Cole

COLE.
COLE.
COLLETTE.
COLLETTE.

LONDON: Mulanya seorang pramugari, kemudian model pakaian dalam Amerika Syarikat mendedahkan hubungan seks mereka dengan Ashley Cole beberapa hari sebelum bintang bola sepak Chelsea itu berbaik semula dengan bekas isteri, Cheryl, pada majlis hari jadinya.

Dan kini, muncul seorang lagi wanita yang didakwa turut digoda Ashley ketika dia berusaha menambat semula hati bekas isterinya.

Bintang bola sepak Chelsea itu dilihat bergambar bersama dengan pelatih kecergasan peribadi dan model, Collette McBarron.

Bekas peserta Ratu Ireland berusia 26 tahun itu dilihat bersama dengan Cole pada Mei lalu apabila mereka meninggalkan kelab malam Maddox dan menaiki sebuah kereta bersama.

Bagaimanapun, tidak seperti model pakaian dalam, Jessyca Rayanne dan pramugari, Kerry Meades yang mendedahkan secara lantang mengenai hubungan mereka dengan bintang bola sepak berkenaan, Collette enggan mendedahkan hubungan mereka.


Dia memberitahu akhbar The Sun: “Saya tidak boleh berkata saya tidak pernah menemuinya atau kami tidak pernah keluar bersama berana ada gambar yang menunjukkan kami bersama di beberapa tempat.

Collette yang pernah menjawat pangkat Leftenan Muda dalam Tentera Ireland juga berkata Ashley tidak berusaha mendapatkan semula Cheryl.

Hubungan Collette dengan Cole terbongkar selepas Jessyca mendedahkan dia mengujungi Cole di rumah sewanya di Los Angeles ketika pemain bola sepak itu bercuti di bandar raya itu bulan lalu.

Rakan Cole, Destiny Monique mendedahkan, bintang bola sepak itu mengadakan parti seks di kediaman sewanya itu.

Bercakap kepada The Sun, Destiny berkata, dia berada di rumah itu apabila ramai gadis seksi muncul.

“Mereka berjalan dalam keadaan berbogel dan bergurau dengan rakan Cole.


Collette yang muncul dalam rancangan sembang Soccer AM awal tahun ini dikatakan sering bergaul dengan bintang sukan, termasuk rakan Cole dalam pasukan Chelsea seperti John Terry dan Didier Drogba serta pemain ragbi Wales, Gavin Henson.

Sementara itu, bekas isteri Cole, Cheryl dilapor memberitahu bekas suaminya itu: “Saya sudah mengambil keputusan. Padam nombor te;efon bimbit saya.” - Agensi

myMetro | Bekas ratu ditiduri Cole

Bantu Ashraf

pix_gal0
Modul bimbing golongan hadapi krisis identiti dikaji

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan merangka modul bimbingan yang dapat membantu golongan yang menghadapi krisis identiti, termasuk mereka yang sudah menukar jantina untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata masyarakat perlu meneliti dan memahami masalah golongan terbabit, bukan sekadar menghukum mereka.
Sambil membidas tindakan segelintir masyarakat yang terus menghukum Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menukar nama dan status jantinanya, beliau berkata masyarakat perlu menawarkan bantuan bagi mengelak golongan itu terus terumbang ambing.

Mohd Ashraf, 25, membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi pada 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelaki.

Permohonannya menukar nama dan status jantinanya dalam MyKad kepada Aleesha Farhana ditolak, Isnin lalu.

Mashitah berkata, walaupun belum ada program atau model khusus untuk mendidik dan membimbing golongan ini, namun kes Mohd Ashraf membuka mata banyak pihak termasuk kementeriannya untuk memperkenalkan program khusus untuk membantu golongan ini.
Mengikut Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, yang dihubungi semalam, ada lebih 6,000 lelaki berpakaian dan berperwatakan wanita di ibu negara pada tahun 1980-an dan yakin jumlah itu sudah bertambah.

Mashitah berkata, masyarakat tiada hak untuk terus menghukum golongan ini kerana berdasarkan hadis, ada seorang lelaki yang membunuh 99 orang, meneruskan pembunuhan mangsa ke-100 kerana tidak diberi ruang untuk bertaubat selepas menemui seorang alim ulama.

Bagaimanapun, selepas menemui ulama kedua yang memberi ruang kepada lelaki itu kembali ke jalan diredai, akhirnya dia bertaubat dan diberikan keampunan oleh Allah.

“Jadilah kita seperti ulama kedua yang memberi bimbingan kepada mereka yang pernah membuat dosa. Hentikan segera cemuhan, kecaman dan caci maki kepada golongan berkenaan sehingga meletakkan ahli keluarga dalam keadaan serba salah.

“Bagi saya jalan terbaik adalah membimbing golongan ini untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas menjalani pembedahan menukar jantina,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Harussani yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan juga menasihatkan masyarakat memahami dan cuba mendidik golongan ini bukannya menyisihkan mereka.

Beliau menasihatkan Mohd Ashraf supaya tidak berputus asa dan bertaubat segera serta menerima hakikat kejadian Allah tidak boleh diubah.

Katanya, penukaran jantina lelaki kepada wanita atau sebaliknya, adalah haram kerana seseorang yang dijadikan Allah sebagai lelaki, tidak akan berubah sifat kelelakiannya, walaupun individu itu berusaha mengubahnya.

Malah, katanya, berdasarkan penyelidikan pada 1985, pakar psikologi dan pakar bedah jantina dalam dan luar negara sependapat bahawa alat kelamin yang dibentuk daripada pembedahan, tidak akan berfungsi.

“Jangan lakukan tindakan yang akhirnya membawa penyesalan, sebaliknya segera bertaubat dan berpakaian mengikut jantina asal serta hentikan pengambilan sebarang hormon yang boleh mengubah fizikal dan emosi mereka,” katanya.

Kes seumpama itu pernah dirujuk ke Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan apabila seorang lelaki menukar jantina pada 1990 dan berjaya mendapat perakuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar nama kepada nama wanita kerana mahu mengahwini seorang lelaki.

Bagaimanapun, menurut portal rasmi Fatwa Malaysia iaitu e-Fatwa, Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) yang membincangkan perkara itu mengikut hukum muktabar dalam Islam pada 1993 memutuskan penukaran jantina lelaki kepada wanita adalah haram dan permohonan untuk bernikah tidak dibenarkan.
Berita Harian Online | Bantu Ashraf

Karnival 10,000 Langkah Sehari My Sihat: Bakar kalori 6 gelas teh tarik


PENGURUS Projek Khas Berita Harian, Muhamad Mizal Hasbullah menerima borang 10,000 Langkah sehari daripada Aziz di Balai Berita, Kuala Lumpur, semalam.
PENGURUS Projek Khas Berita Harian, Muhamad Mizal Hasbullah menerima borang 10,000 Langkah sehari daripada Aziz di Balai Berita, Kuala Lumpur, semalam.
Berjalan kaki boleh kurangkan risiko diserang penyakit berbahaya

KUALA LUMPUR: Individu dengan berat kurang 70 kilogram (kg) mampu membakar sehingga 50 kalori jika berjalan kaki sejauh satu kilometer (km) dalam tempoh 10 minit iaitu bersamaan dengan segelas teh tarik.
Ini bermakna, seseorang itu mampu membakar kandungan kalori dalam enam gelas teh tarik jika mereka berjalan kaki 10,000 langkah sehari seperti disyor Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MY Sihat) melalui Cabaran 10,000 Langkah Sehari MY Sihat yang akan diadakan di Dataran Putrajaya, Presint 2, Sabtu ini.
10,000 langkah bersamaan berjalan kaki sejauh 6.5km, manakala berjalan satu km bersamaan 1,200 langkah.

Ketua Pegawai Eksekutif MY Sihat, Dr Yahya Baba, berkata secara purata rakyat Malaysia berjalan 2,000 langkah sehari berikutan perubahan gaya hidup moden dan kehadiran teknologi komunikasi dan pengangkutan yang menyebabkan mereka kurang berjalan, sekali gus meningkatkan risiko kepada penyakit seperti hipertensi, kencing manis dan serangan jantung.

Katanya, penyakit tiga serangkai yang menjadi pembunuh nombor satu di Malaysia itu mampu dikurangkan dengan mengamalkan berjalan 10,000 langkah sehari.

“Cara senang mencapai 10,000 langkah adalah dengan berjalan dalam setiap aktiviti, kurangkan penggunaan lif tetapi guna tangga, kalau makan tengah hari itu cuba berjalan ke kafe terdekat berbanding menaiki kereta,” katanya kepada Berita Harian, semalam, mengulas bagaimana seseorang itu boleh berjalan 10,000 langkah sehari ketika berdepan dengan kesibukan kerja harian.
Katanya, aktiviti berjalan kaki dalam tempoh sederhana menggunakan tenaga membakar kalori dan seterusnya membakar lemak yang menjadi punca banyak penyakit.

Penganjuran Karnival 10,000 Langkah Sehari itu disokong Berita Harian dan Kementerian Kesihatan diadakan di 14 lokasi bermula dengan Putrajaya Sabtu ini, sebelum diikuti Bentong, Pahang, Kuala Terengganu, Muar, Melaka, Seremban, Arau, Sungai Petani, Teluk Intan, Kuching, Kota Kinabalu, Kota Bharu, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Ia juga dimeriahkan dengan kehadiran selebriti antaranya Rozita Che Wan, Tasha Shila, Zain Saidin, novelis popular Ain Maisarah dan seniman veteran Datuk Aziz Satar, Datuk Mustapha Maarof, Zaibo, Kismah Johari, Tawil dan Hail Amir.
Berita Harian Online | Karnival 10,000 Langkah Sehari My Sihat: Bakar kalori 6 gelas teh tarik

Ada pasangan sanggup tinggal berasingan hingga mati

KUALA LUMPUR: Hidup berasingan dengan suami kerana tiada keserasian serta mahu mendapatkan hak penjagaan anak walaupun tidak mampu adalah antara yang sering dihadapi wanita sehingga menyebabkan mereka menghadapi tekanan perasaan.
Pakar sosiologi klinikal, Datuk Dr Wan Halim Othman, berkata berdasarkan pengalaman mengendalikan kursus konflik keluarga sejak 40 tahun lalu, ramai wanita yang enggan menerima kenyataan rumah tangga mereka sudah tidak boleh diselamatkan tetapi tidak mahu diceraikan.
“Ada kes wanita yang tinggal berjauhan dengan suami selama 20 tahun kerana tidak sanggup diceraikan. Ada yang sampai meninggal dunia hidup berasingan.

“Bagi kes seperti ini, saya sering nasihatkan mereka terus tinggal berasingan jika kedua-dua pihak tidak mahu berkahwin lain apabila bercerai. Wanita juga jangan terus terlalu berusaha memperbaiki hubungan itu,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Semalam, Berita Harian melaporkan mengenai faktor yang mendorong wanita di Malaysia mengalami tekanan perasaan termasuk curiga suami mempunyai wanita lain, anak tidak pandai dalam pelajaran dan tidak bekerja, selain wanita bekerja yang terpaksa bekerja dua kali ganda untuk mendapatkan pengiktirafan majikan, berbanding lelaki.

Dr Wan Halim berkata, ada juga kes ibu tunggal yang mengalami tekanan perasaan bertahun-tahun akibat dipukul suami dan selepas suaminya meninggal dunia, dipukul pula anaknya.
“Jika isteri dipukul suami, mereka mesti cuba melawan kerana jika tidak, anak akan melihat ibunya tidak kisah dipukul. Saya simpati melihat golongan yang datang meluahkan perasaan seperti sudah tidak ada harapan lagi untuk hidup,” katanya.

Beliau juga berkata, ibu tunggal yang tidak mampu menjaga anak perlu melepaskan hak penjagaan kepada suami kerana keinginan untuk menuntut hak itu walaupun berdepan kekangan kewangan menyebabkan tekanan perasaan yang kronik.
Berita Harian Online | Enggan dicerai punca ramai wanita tertekan

Ahli Parlimen kunjungi Spratly


GAMBAR udara  menunjukkan pulau di Laut China Selatan yang dituntut Filipina.
GAMBAR udara menunjukkan pulau di Laut China Selatan yang dituntut Filipina.
Tindakan lima perwakilan dikhuatiri jejas hubungan China-Filipina

MANILA: Sekumpulan ahli Parlimen Filipina dilaporkan terbang ke Kepulauan Spratly semalam, kata pegawai dan pembantu di tengah amaran China bahawa kunjungan rombongan terbabit ke pulau itu akan menjejaskan kestabilan wilayah Laut China Selatan dan mengganggu hubungan negara terbabit.
Lima wakil Dewan Perwakilan dan sekumpulan kecil wartawan meninggalkan Puerto Princesa di Pulau Palawan ke Pulau Thitu menaiki dua pesawat persendirian pagi ini, kata pegawai lapangan terbang.
Walden Bello, yang mengetuai lawatan sehari itu berkata dalam kenyataan disediakan komander tentera Filipina di Puerto Pirncesa menekankan kepentingan mempertahankan kepulauan Spratly.

“Kami dalam perjalanan ke Pagasa dan mahu mendarat di wilayah Filipina,” katanya.

Pembantu Bello yang berada dalam pesawat terbabit memberitahu Puerto Princesa dijangka mendarat di pangkalan tentera di Thitu pada lewat pagi.

Lawatan ke kawasan tentera Filipina di Thitu itu dilakukan berikutan ketegangan meningkat di Laut China Selatan, yang dituntut China dan Filipina selain Vietnam, Brunei, Malaysia dan Taiwan.
Menteri luar Asia Tenggara menyuarakan kebimbangan serius terhadap pertikaian itu pada satu mesyuarat di kepulauan peranginan Indonesia, Bali pada Selasa.

Beberapa insiden berlaku di kalangan negara menuntut terutama membabitkan China di Laut China Selatan dipercayai kaya dengan minyak dan gas dan menjadi laluan penting bagi perdagangan kapal antarabangsa.

Pasukan tentera China didakwa melepaskan tembakan ke atas nelayan Filipina, mengganggu kapal mencari minyak milik firma Filipina dan meletakkan struktur di kawasan dituntut Filipina.

China turut mengkritik lawatan oleh ahli parlimen Filipina itu.

“Ia tidak memberi sebarang tujuan tetapi menjejaskan keamanan dan kestabilan di rantau ini dan sabotaj kepada hubungan China-Filipina,” kata kedutaan China di Manila dalam satu kenyataan.

Jabatan luar negara Filipina berkata bahawa ahli parlimen mereka termasuk dua ahli parti Liberal Presiden Benignio Aquino bebas untuk ke sana tanpa kebenaran kerajaan. – AFP
Berita Harian Online | Ahli Parlimen kunjungi Spratly

26 bom tangan ditemui di sekolah agama Jakarta

JAKARTA: Polis menemui 26 butir bom buatan sendiri di timur Indonesia susulan letupan di sebuah sekolah berasrama Islam disyaki dijadikan kilang bom minggu lalu, kata jurucakap kelmarin yang dipetik akhbar, Jakarta Globe.

Selepas letupan membunuh seorang pengganas disyaki, polis menyerbu sekolah Umar bin Khatab di barat wilayah Nusa Tenggara dan mengakhiri kebuntuan tiga hari dengan pelajar dan guru bersenjatakan pedang, kayu dan parang.
“Sebanyak 26 butir bom paip dimatikan. Mereka merancang menggunakan bom ini untuk menyerang balai polis,” jurucakap polis nasional, Anton Bachrul Alam.
Polis berkata sekolah itu berkait dengan pendakwah radikal Abu Bakar Bashir, dihukum penjara 15 tahun bulan lalu kerana membiayai kumpulan pengganas yang merancang serangan terhadap warga Barat dan pemimpin politik.

Kebanyakan daripada 200 juta penduduk Islam Indonesia berfahaman sederhana tetapi negara itu berusaha membendung kegiatan radikal yang melancarkan serangan termasuk pengeboman Bali pada 2002 yang membunuh 202 orang. – AFP/ Agensi
Berita Harian Online | 26 bom tangan ditemui di sekolah agama Jakarta

Tak datang kena tangkap, datang kena tangguh...

‘Seperti ada yang tidak kena’

REAKSI Raja Azmi (kanan) dan Muhammad Roslin ketika berjalan keluar dari pejabat Jawi di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman dan pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim kecewa lagi apabila keputusan kes khalwat mereka yang sepatutnya didengar semalam ditangguh lagi.

mereka yang hadir ke Pejabat Bahagian Siasatan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini untuk mengetahui perkembangan kes itu semalam begitu kecewa apabila dimaklumkan ia ditangguhkan buat kali keempat.

Raja Azmi, 51, mendakwa, pihak Jawi sebaliknya memaklumkan kes itu ditunda pada 22 Ogos depan selepas pegawai wanita yang mengendalikan kes itu menghadiri satu majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Pembantu pegawai kata dia mahu siasat lagi untuk elak orang yang teraniaya menjadi mangsa,” dakwa Raja Azmi sambil menahan sebak.

Raja Azmi yang ditemani suaminya, bekas pemain badminton negara, Jalani Sidek, 48, dan Muhammad Roslin hadir ke pejabat Jawi pada pukul 9 pagi. Jalani menjadi saksi dalam kes berkenaan.

Kosmo! Online - Negara

Polis nafi guna gas sama Israel

LANGKAWI – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar semalam menafikan dakwaan pembangkang bahawa pihaknya menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel ketika perhimpunan haram 9 Julai lepas.

“Jangan mengadakan cerita kita (polis) pakai gas CS (Combined Systems) atau apa saja. Kita tak sampai tahap itu. Jangan nak mengadakan cerita,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang ditemui selepas menyaksikan perlawanan ragbi Rujirawongse Cup antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand (RTP), mengulas mengenai laporan portal berita Keadilan Daily semalam.

Antara lain laporan itu yang memetik kenyataan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat mendakwa Pasukan Unit Simpanan Persekutuan menggunakan kanister gas pemedih mata daripada jenis yang sama digunakan tentera Israel untuk memerangi rakyat Palestin.

Laporan turut mendakwa kanister yang dibekalkan oleh Combined Systems kepada tentera Israel itu mengandungi bahan kimia yang berupaya menjejaskan sistem saraf, kecederaan kepada mata, paru-paru dan penyakit kulit.

Kosmo! Online - Negara

Wednesday, July 20, 2011

Cincin Rosmah, Pegawai Kastam KRISHNAN Ditahan?

KUALA LUMPUR: Dokumen-dokumen baru telah muncul dan mendedahkan bahawa cincin berlian yangdikatakan"dibeli" oleh isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor telah meninggalkan negara ini selepas empat hari ia dibawa masuk ke Malaysia.

Dalam e-mel yang dihantar kepada FMT, seorang penulis blog yang tidak mahu dikenali namanya, berkata cincin berlian RM24 juta "natural fancyblue cushion cut diamond ring" telah dibawa masuk ke negara ini pada 16 April untuk pameran peribadi oleh seorang VVIP yang tidak dikenali dan bukannya dibeli oleh Rosmah seperti yang didakwa lebih awal.

Cincin itu dihantar ke Singapura pada 20 April.

Satu set dokumen pengisytiharan import dan eksport menunjukkan bahawa cincin itu telah dibawa masuk ke negara ini oleh Jacob & Co c / o (penjagaan) Malca Amit Kuala Lumpur. Jacob & Co pengeluar gelang.

Dokumen tersebut juga mempunyai cetakan khas yang menyatakan: "Pemeriksaan oleh: H.E. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor"

Lampiran dokumen-dokumen lain menunjukkan bahawa cincin itu telah dihantar ke Singapura pada 20 April oleh Malca Amit (Malaysia) ke cawangan di Singapura.

Adalah difahamkan bahawa cincin itu kemudiannya dihantar kembali kepada pemiliknya Jacob & Co di New York.

Kedua-dua dokumen telah ditandatangani oleh pegawai Kastam yang bernama A Krishnan dan diakui oleh Abdul Najid Abdul Razak, pembantu khas Pengarah Kastam.

Terdapat percanggahan dalam dokumen-dokumen itu, yang meletakkan harga cincin itu RM24 juta dalam akuan pengimport manakala nilai RM23.73 juta dalam akuan pengeksport.

Nombor invois bagi item yang sama juga berbeza.

Satu set dokumen - daripada paparan skrin komputer Jabatan Kastam - yang lebih awal telah menunjukkan bahawa cincin itu bernilai USD 24 juta (RM73.48 juta).

Walau bagaimanapun, dokumen-dokumen baru yang menunjukkan pergerakan perjalanan cincin ini dari Kuala Lumpur ke Singapura telah meletakkan nilai cincin itu kepada kira-kira RM24 juta.

Set pertama dokumen juga menunjukkan bahawa cincin itu telah dilepaskan oleh Pengurus Operasi Kastam Krishnan dan cincin itu tidak mempunyai duti import yang dikenakan ke atasnya.


Krishnan ditahan?

Sementara itu, Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin di dalam blognya mendakwa bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan Krishnan yang menandatangani dokumen-dokumen Kastam tersebut.

Badrul, juga dikenali sebagai Chegubard, bagaimanapun, tidak menyatakan bila "Krishnan" ditahan.
Minggu lepas, beberapa blogger pro Pakatan Rakyat mendakwa bahawa Rosmah telah membeli sebentuk cincin dari Jacob & Co yang harganya mencecah sehingga RM75 juta berdasarkan nilai USD 24 juta.

Rosmah masih belum menjelaskan kemelut ini tetapi bukti terkini menunjukkan bahawa bukan dia yang membeli cincin tersebut dan ia hanya dibawa masuk ke negara ini untuk tujuan pameran.
Malaysiakini Warta 365 - Berita Terkini Segenap Dimensi: Ada Orang bakal mati di bangunan SPRM gara-gara goship cincin Rosmah Puaka Laknatullah

Mengapa penganut Kristian bimbang pertemuan Najib-Pope?

Sekumpulan 365 rakyat Malaysia yang beragama Kristian, termasuk penganut Katolik telah menandatangani sepucuk surat kepada Pope Benedict XVI, bagi mengadu tindakan keras Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan aman BERSIH 2.0 9 Julai lalu.

Mereka juga melahirkan kebimbangan Najib mempolitikkan lawatannya ke Vatican.
pope benedict visit palestine israel 110509 04Mereka juga khuatir bahawa lawatan Najib ke Vatican pada masa ini dilihat sebagai usaha mencari sokongan popular menjelang pilihan raya umum ke-13 yang mesti diadakan sebelum pertengahan 2013 dan boleh menyaksikan beliau terus berkuasa.
Surat itu juga menyampaikan rasa hati penganut Katolik yang risau kemungkinan kerajaan dan pemimpin asing terpengaruh dengan Najib yang ghairah menyebarkan mesej kesederhanaan di luar negara sedangkan kerajaan BN pimpinan Najib sendiri berulang kali menggunakan kekerasan terhadap rakyat di negara ini.
Menurut mereka kebebasan beragama di Malaysia begitu terhad dan mengemukakan contoh seperti kes mahkamah Lina Joy dan rampasan buku serta kitab Kristian sebagai hujah.

Populariti

Surat yang disiarkan secara penuh oleh NGO Aliran itu dialamatkan kepada paderi kanan - Pontiff, dengan salinannya dihantar kepada Archbishop Leopoldo Girelli, yang beribu pejabat di Singapura.

Dalam surat mereka, kumpulan itu berkata tindakan keras ke atas BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini - menyaksikan gabungan 62 NGO berkenaan ditekan dan dihambat oleh pihak berkuasa yang selama ini dikuasai oleh parti politik yang sama dan sekarang diterajui oleh Najib.

NONEMenurut mereka, Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang mana Gereja Katolik turut bernaung telah mengesahkan hak BERSIH untuk berhimpun dan berarak secara aman yang disifatkan sebagai 'tuntutan berpatutan'.

Kumpulan itu juga mendakwa Najib bertindak bertentangan dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong, yang mahu konfrontasi dengan penyokong BERSIH dielakkan.

Malah presiden Umno itu juga mengisytiharkan pertubuhan BERSIH sebagai haram dan menolak permohonannya untuk berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai lalu.

Berwaspada

Justeru, kumpulan itu meminta Pope Benedict agar berwaspada dalam berurusan dengan kerajaan pimpinan Najib

“Kami berdoa agar Holy See akan mempertimbangkan isu-isu yang kami nyatakan ini dan mendapat petunjuk dari Roh Kudus dalam berurusan dengan kerajaan Malaysia,” kata mereka.
NONEPenganut Kristian berkenaan juga risau Najib akan menggunakan lawatan tersebut untuk meraih undi dan mengekalkan popularitinya di kalangan penganut Kristian di Sabah Sarawak.

“Kami risau jika terdapat agenda politik tersembunyi untuk memenangi sokongan pengundi Kristian di Sabah dan Sarawak bersempena lawatan Najib ke Vatican ini.

“Akhir sekali, kami juga risau Najib cuba untuk mendekati Holy See pada masa ini untuk mendapatkan sokongan popular dalam pilihan raya umum akan datang yang bakal berlangsung menjelang awal 2013,” tulis mereka.

Selepas lawatan ke Vatican semalam, Najib berkata Malaysia dan kerajaan Vatican bersetuju menjalin hubungan diplomatik bagi menggalakkan hubungan persahabatan dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa.

Pertemuan Najib dan Pope Benedict XVI diadakan di Castel Gandolfo, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di pinggir bandar Rom. -M/kini

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2011/07/mengapa-penganut-kristian-bimbang.html#ixzz1Sevg6gAh
:::KAFE ISU SEMASA:::: Mengapa penganut Kristian bimbang pertemuan Najib-Pope?

NAJIB DI AMBANG PENJARA PRANCIS

بسم الله الرحمن الرحيم

Scandal Scorpene : Berita Buruk buat Najib...

Polis Perancis diberitakan telah menemui "dokumen yang agak penting" dalam siasatannya berhubung skandal pembelian kapal selam Scorpene,yang disifatkan sebagai "bayaran komisyen" oleh gergasi pengeluar senjata Perancis, DCN kepada pegawai tertinggi Malaysia termasuk Perdana Menteri Najib untuk melengkapkan perjanjian.

Najib yang ketika itu Menteri Pertahanan dikatakan antara "pemain utama" dalam skandal tersebut di samping bekas orang kanannya, Abdul Razak Baginda, hingga membawa kepada pertikaian komisen pembayaran sekitar Euro114 juta (RM500 juta) melalui Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan yang akhirnya membawa kepada pembunuhan bekas penterjemah dan model dari Mongolia, Altantuya Shaariibu pada 2006.


Adalah dipercayai, pihak berkuasa Perancis akan melengkapkan segala kertas siasatan pada September tahun ini dan dipercayai sudah mengambil masa selama 18 bulan untuk mencari bukti kukuh bagi mengheret Najib ke Mahkamah Awam Perancis di Paris.


Bad news for Najib: French police have found "crucial" Scorpene documents
Written by Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

French police have obtained "quite crucial documents" in the Scorpene submarines probe on whether French arms giant DCN had paid kickbacks to Malaysian officials, including Prime Minister Najib Razak, to secure the deal.

The 58-year old Najib had been the Defense minister sanctioning the acquisition in 2002. Even then, there had been much public unhappiness over the price which was seen as too expensive, and furthernore, the high-tech submarines considered as unsuitable for patrolling the country's shallow coastline. Right now, both ships are docked in Sabah and hardly used. There have also been reports of system malfunctions due to the unsuitability of the territorial waters.

"It is likely that in September we should have access to the first police conclusions from all the investigations that have taken place over the last 18 months. We know that the police seem to have obtained quite crucial documents," Asia Sentinel reported Paris-based lawyer William Bourdon assaying.

VIP personality


William is one of the French lawyers appointed by Malaysian NGO Suaram, which lodged a complaint on behalf of taxpayers against DCN for corruptly sealing the contract. It is illegal in France to offer bribes to secure a deal and if found guilty, DCN may have to pay compensation to Malaysian taxpayers for overcharging on the final price paid by the Malaysian government.

The French lawyer is due to arrive on Thursday, where he will speak to a Penang audience and brief them on the latest developments in the case. Suaram has already hinted that William will touch on the identities of several 'new' personalities involved in the kickbacks.

It is also believed that French investigators have managed to pin down a very important personality, who travelled with submarines negotiator Razak Baginda and murdered Mongolian translator, Altantuya Shaariibuu, to Macau as part of the complex negotiations.

There is red-hot speculation that this person is Najib himself. If true, it will blow away the PM's previous denials he never knew Altantuya, who is believed to have been his lover before he "passed" her onto Razak, who was his confidante and representative. Such evidence paves the way for the re-opening of her murder trial, which had ended with two of Najib's former bodyguards being sentenced to hang for her 2006 killing. However, the 'mastermind' is believed to be still at large.

Lesser personalities involved in the sprawling deal have also been traced and their identities likely to be revealed as well.

William is also expected to drop a new bombshell - previously unknown commissions that have just been uncovered by the investigators. This will add to the growing list of murky details shrouding the shady acquisition engineereed and pushed for by Najib years ago, when he was the Defense minister directly in charge of key military procurements.

No more secret places left for Najib

It looks like unless the French government is willing to help him out and muzzle up the case, Najib may have run out of hiding places. Whatever time that he can buy will not last long either.

And to pundits familar with all the ramifications both at the Malaysian and French ends, it is impossible for him to escape scot-free. One way or another, they say he will have to explain to his people the true extent of his involvement, not just in the kickbacks but also in the Altantuya murder.

In fact, not even his UMNO party can save him. With the Scorpenes trial expected to be heard in the French open court in August or September, many of the party warlords are already gearing up to push him out and slam the door on his administration, which has been scarred by non-achievement, gutter politics and extensive corruption.

It does not help that in recent months, Najib has felt the pressure and added to his own discomfort by making several disastrous decisions. The most recent was ordering a violent crackdown on a citizens rally for free and fair elections two weeks ago. His fast-fading popularity and plunging credibility makes him an easy target now.

Rightfully, the BN government should have immediately lodged a compliant with the French authorities when news reports about the huge Scorpene kickbacks first came to light. However due to Najib's influence, no one in the Malaysian government has dared to call for a public probe so far.

Even a suspicious 114 million euros (RM570 million) side-deal granted to Baginda's firm, Perimekar, has been whitewashed in Parliament as a "services" and "maintenance" contract, when it is obvious that the obscure firm has no experience or track-record in such a high-tech industry.

Numerous reports have also been lodged by Malaysian citizens, who are alarmed that the RM7 billion price tag is still climbing. It is now apparent Najib may have hidden the full cost to Parliament, opting to gradually seek additional budget allocations to maintain the ships rather than to reveal at one-go the full 'damage' to taxpayers. Yet till now, Malaysian police as well as the Malaysian Anti-Corruption Commission have refused to initiate any investigation into the file at all.

Seamy details in a sordid deal

Numerous questions are likely to be asked by those attending the Suaram-organised sessions with William on 21, 22 and 23rd Jruly. Apart from the status of the case, the latest 'dirt' dug out so far, the greatest interest will surely centre around the beautiful but tragic Altantuya, who acted as translator for Baginda.

Uppermost on Malaysian minds are exactly what sort of relationship Najib had with her. Not that they are voyeurs and wish to nose out all the seamy details of the love affair the two allegedly had, but because they want to know how much and to what extent their PM - who was then the DPM - was willing to lie and may have lied just to become prime minister.

"If you want to know all these details, you have to come for the dinner, listen and ask," Suaram director Cynthia Gabriel told Malaysia Chronicle.- Malaysia Chronicle

- Darianaksungaiderhaka


le="color: rgb(51, 51, 255); font-style: italic; font-weight: bold;">Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

! BUJANG SUSAH !

Gambar X Rays Kecederaan Pengawal Anwar dan Mat Sabu


Tulang pipi Fayyahd Afiq Albakqry, 25 dikatakan retak dan hancur semasa peserta perhimpunan BERSIH 2.0 itu melarikan diri daripada asakan dan serangan polis di KL Sentral pada 9 Julai lalu lapor Malaysia Kini.

Beliau terpaksa menjalani pembedahan pembinaan semula tulang pipinya menggunakan titanium, baru-baru ini.

Surendren yang juga naib presiden PKR mengiringi Fayyadh membuat laporanpolis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung dakwaan kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaannya.

Menurut Surendren, pengawal peribadi itu masih dalam trauma dan enggan melayan soalan wartawan.

Sementara itu dibawah ini pula ialah gambar yang memaparkan keadaan tulang di lutut Mat Sabu. Pada 9 Julai lalu, beliau mendakwa telah dirempuh oleh trak polis sehingga menyebabkan motosikal yang diboncengnya terbabas.

Kredit: Al Bakistani
DUNIACACAMARBA

Mangsa penutup konkrit hilang



JOHOR BAHRU – Keluarga mangsa jatuh longkang Sabtu lalu, Siti Noor Zuliana Marianto, 12, redha dan menganggap apa yang berlaku kemalangan yang tidak dapat dielakkan.

Bapa mangsa, Marianto Mariono, 45, pula tidak mahu memanjangkan kes.

“Benda ini sukar nak cakap, ia berpunca kecuaian dari mana-mana pihak, kerana kegiatan curi penutup besi ini terjadi di mana-mana.

“Malah ini bukan insiden pertama yang berlaku ke atas anak saya, sebelum ini anak lelaki yang ketiga juga pernah mengalami nasib yang sama,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Larkin Perdana, semalam.

Marianto berkata, kecederaan anaknya tidak parah cuma terkilan insiden berlaku seminggu sebelum percubaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pelajar Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri itu yang bakal menduduki percubaan UPSR 26 Julai depan, kini terpaksa berehat di rumah akibat kecederaan di kakinya masih belum pulih.

Siti Noor Zuliana berkata, akibat insiden itu beliau sukar tidur dan sentiasa dalam kesakitan.

“Rasa amat sakit terutama waktu malam hingga sukar hendak tidur akibat bisa, jika terlalu sakit, saya akan menangis,” katanya.

Dalam kejadian Sabtu lalu jam 7 malam, Siti Noor Zuliana terjatuh lalu terperangkap dalam lubang longkang pembetung sedalam 9 meter selama sejam kerana tidak menyedari lubang longkang itu tiada penutup konkrit.

Dia yang tinggal bersama keluarga di sebuah pangsapuri sejak empat tahun lalu terjatuh ke dasar longkang itu ketika dalam perjalanan ke kedai berhampiran.

Berikutan itu, beliau cedera di kepala dan tangan kanan, dan kulit terkoyak di bahagian tulang kering kaki kanan.

Sementara itu, Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru, Khalid Mohamad yang melawat mangsa berkata, tindakan segera telah diambil dengan menggantikan penutup konkrit besi yang dicuri.

“Kegiatan curi besi penutup longkang ini atau vandalisme kerap berlaku, dan lokasi seperti di Larkin Perdana ini merupakan kawasan sibuk juga berlaku kecurian apatah lagi di kawasan-kawasan terpencil.

“Saya juga akan maklumkan kepada Datuk Bandar mengenai insiden ini bagi mendapatkan rawatan susulan dan sumbangan kepada mangsa sehingga beliau benar-benar pulih.

“Apa yang berlaku ini amat dikesalkan dan saya seru ibu bapa, nasihatkan anak-anak mereka agar lebih berhati-hati,” katanya.

Khalid berkata, insiden yang berlaku ini merupakan yang pertama dilaporkan pada tahun ini.
SH

Diperdaya pusat kecantikan



MUAR – Seorang kakitangan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM798 kerana terpedaya dengan tawaran menarik daripada sebuah pusat kecantikan di Batu Pahat pada tahun lalu.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Asmah, 33, berkata, dia mula mengunjungi premis tersebut bertujuan untuk mendapatkan rawatan kecantikan bagi menghilangkan jeragat di mukanya.

Menurutnya, seorang rakan yang mengetahui masalah yang dihadapinya itu telah mengesyorkannya untuk mendapatkan rawatan di pusat kecantikan berkenaan.

“Tanpa sebarang rasa ragu-ragu, saya telah berkunjung ke pusat kecantikan itu untuk mendapatkan rawatan.

“Saya menjadi lebih yakin apabila ahli keluarga rakannya pernah mendapatkan rawatan di sini memperoleh hasil yang memuaskan di situ,” katanya kepada Sinar Harian.

Di pusat kecantikan berkenaan katanya, dia telah ditawarkan menjalani rawatan percubaan dengan harga hanya RM100.

“Rawatan yang diberikan sangat memuaskan ditambah pula layanan daripada pekerja-pekerja pusat itu boleh dikatakan terbaik.

“Disebabkan berpuas hati dengan rawatan yang diberikan menyebabkan saya tertarik untuk memilih pakej bagi rawatan susulan,” katanya.

Asmah berkata, dia memilih pakej rawatan kecantikan berharga RM2,394 untuk 12 kali rawatan termasuk dua rawatan tambahan percuma.

“Pakej rawatan ini sangat menarik kerana harganya yang jauh lebih rendah berbanding dengan harga untuk sekali rawatan iaitu RM399.

“Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju untuk menerima tawaran tersebut dan menjelaskan bayaran sebanyak RM2,394 menggunakan kad kredit,” katanya.

Namun begitu katanya, kegembiraan yang dirasainya tidak berpanjangan apabila dia ingin membuat temu janji untuk rawatan buat kali kelima.

“Ketika itu, saya banyak membuat panggilan telefon untuk temu janji tetapi tidak berjawab, lalu saya nekad untuk pergi ke pusat terbabitnya.

“Alangkah terkejutnya apabila mendapati pusat itu telah ditutup dan dikatakan telah berpindah ke tempat lain,” katanya.

Pelbagai usaha telah dilakukannya termasuk pergi ke ibu pejabat pusat di Johor Bahru tetapi ianya sudah tidak beroperasi lagi.

“Saya turut membuat semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan status premis itu menunjukkan masih lagi beroperasi,” katanya.

Asmah akhirnya memfailkan kes tersebut ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) pada 23 Mei lalu bagi mendapatkan semula kerugian yang di�tanggungnya.
SH

Mangsa penipuan sindiket nikah



TAMAN CENDANA – Sepasang suami isteri baru tersedar pernikahan yang selama ini dianggap sah sehingga melahirkan empat anak sebenarnya tidak sah selepas ditangkap Jabatan Agama Islam Johor (Jaij).

Roslan, 42, (bukan nama sebenar) mendakwa, dia bersama isteri menjadi mangsa penipuan sindiket nikah apabila pernikahannya yang dibuat secara tergesa-gesa diambil kesempatan pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, kerana ingin menutup malu isteri yang juga saudaranya ketika itu sedang mengandung hasil hubungan haram, dia dengan rela hati bersetuju menjadi ‘pak sanggup’.

“Tanpa berfikir panjang, kami mengambil keputusan bernikah di Batu Pahat secara tergesa-gesa tanpa ada rasa sangsi dengan pernikahan itu kerana mempunyai imam, wali dan saksi yang sah.

“Malah masalah mula timbul apabila anak-anak gagal didaftarkan berbin dan berbintikan saya kerana didakwa pihak berkenaan sijil nikah yang dimiliki adalah palsu,” katanya.

Roslan berkata, masalah bertambah rumit sehingga pelbagai andaian mula timbul apabila anak sulung gagal didaftarkan sekolah kerana tidak mempunyai sijil kelahiran.

Menurutnya, status perkahwinannya mula terbongkar apabila rumahnya diserbu pihak Jaij dan sijil nikah yang dipertahankannya selama ini sebenarnya palsu.

“Sesiapa pun tidak pernah meminta perkara sebegini berlaku, tetapi saya cukup kecewa dengan pihak yang mengambil kesempatan di atas masalah yang sedang kami hadapi ketika itu.

“Saya nasihatkan kepada pasangan yang ingin berkahwin supaya menggunakan saluran yang betul untuk mengelakkan menerima nasib seperti saya.

“Walaupun saya sedih kerana anak-anak tidak dapat dibin dan dibintikan saya, tetapi saya akan berusaha mendidik mereka dengan baik terutama dalam memberikan pelajaran yang sempurna agar hidup kami sekeluarga sempurna seperti orang lain,” katanya.
SH

72 anak luar nikah dicatatkan



TAMAN CENDANA – Satu jumlah yang agak memeranjatkan apabila seramai 72 anak luar nikah hasil daripada perkahwinan tidak sempurna dicatatkan di penempatan Rumah Pangsa Taman Cendana.

Setiausaha Jawatankuasa Penduduknya, Shamsul Bahrin Ibrahim berkata, daripada keseluruhan seramai 72 anak luar nikah yang dikenal pasti, 57 daripadanya perempuan, manakala selebihnya adalah lelaki.

Menurutnya, majoriti anak luar nikah itu berusia seawal bayi yang baru dilahirkan sehingga usia remaja dalam lingkungan 17 tahun hasil bancian yang dibuat Jawatankuasa Penduduk.

“Bagaimanapun majoriti pasangan yang terlibat dalam permasalahan ini melibatkan pasangan luar yang berasal dari merata negeri, termasuk Sabah dan Sarawak.

“Kita mengalami kesukaran untuk difahami mengenai perkahwinan adat yang didakwa oleh pasangan dari Sabah dan Sarawak sehingga terpaksa berdepan masalah sijil kelahiran anak-anak,” katanya kepada media, di sini.

Shamsul berkata, kebanyakan anak luar nikah yang dilahirkan disebabkan pasangan terlanjur sebelum berkahwin, selain beberapa kes terpencil termasuk kes haruan makan anak.

Menurutnya, bagaimanapun pihaknya tidak pernah memandang rendah terhadap pasangan atau anak-anak yang terlibat dalam perkahwinan tidak sempurna itu, sebaliknya banyak usaha perbincangan dan pendekatan yang dilakukan.

“Kita banyak menjadi rujukan kepada pasangan yang terlibat, malah ada yang tampil pada saat-saat akhir apabila berdepan masalah sijil kelahiran sehingga anak-anak tidak dapat didaftarkan sekolah.

“Kita menggunakan pendekatan keagamaan melalui Kelas Fiqah dan Kelas Bina Insan yang diadakan di sini, selain membantu mengajak pasangan yang terlibat berdepan de�ngan jabatan bertanggungjawab,” katanya.

Menurutnya, pihak bertanggungjawab sepatutnya menguatkuasakan undang-undang yang ada untuk memastikan permasalahan sebegini dapat dibendung.

Menurutnya, banyak peranan yang perlu dimainkan jabatan yang bertanggungjawab dalam perkara itu terutama dalam mendekati pasangan terlibat melalui program kaunseling dan sebagainya.

“Kita tidak mahu anak luar nikah yang menginjak 17 tahun mengambil keputusan meninggalkan keluarga kerana walaupun melalui masalah perkahwinan tidak sempurna, tetapi hubungan kekeluargaan perlu kukuh.

“Kita mohon kerjasama pihak bertanggungjawab supaya boleh menguatkuasakan undang-undang yang ada dan turut sama mencari jalan penyelesaian kerana kita semakin pelik apabila masyarakat kini sudah tidak rasa terhina dengan keaiban yang berlaku terhadap keluarga mereka,” katanya.
SH

“Sekeluarga pernah berlapar”



WAKAF BHARU – Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Seorang isteri bukan sahaja tiada tempat bergantung apabila suaminya menghilangkan diri, tetapi kerana kedaifan hidup mereka, Noraizam Awang, 40, bersama tujuh anak pernah kelaparan.

Kesengsaraan itu terpaksa ditanggung bersendirian oleh Noraizam sejak suaminya itu, Azman Mat Ali @Ibrahim, 43, hilang tanpa sebarang berita sejak tiga tahun lepas.

Sejak itu, bermulalah detik-detik hitam buat keluarga ini apabila mereka sering terputus makanan manakala anak-anak pula sering tidak ke sekolah kerana Noraizam tidak mampu menyediakan wang saku mahu pun bekal makanan untuk anak–anaknya itu.

Lebih malang, rumah peninggalan orang tua suami Noraizam yang didiami keluarga ini sejak 23 tahun, dinding dan lantai banyak reput, manakala bumbung rumah hampir runtuh dan banyak bocor, amat memeritkan keluarga ini.

Noraizam berkata, dengan pendapatan RM10 sehari hasil upah mengasuh anak jiran, dia hanya mampu membeli beras sekilogram sehari untuk dimakan 9 beranak.

“Sekadar lauk telur mungkin saya mampu, kadang kala hari ini beli ikan, esok beli beras, namun dengan harga barang yang melambung tinggi sekarang ini, memang memeningkan kepala saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya berdekatan dengan jambatan Kedemit.

Menurutnya, itu pun upah mengasuh diambilnya setiap hari, waktu petang baru dapat upahnya dan dengan upah itu, terus dibeli keperluan dapur.

“Untuk saya bekerja di tempat lain, saya masih ada anak kecil berusia lima tahun, agak sukar untuk saya tinggalkannya apatah lagi menghantarnya ke rumah pengasuh” katanya.

Menurutnya, dengan wang RM10 ini jugalah, digunakan untuk perbelanjaan anak – anak ke sekolah dan dengan enam anak bersekolah, memang tidak cukup sehinggakan anak-anaknya terpaksa bergilir – gilir ke sekolah.

“Hari ini anak saya yang tingkatan lima ke sekolah, esok dia tidak ke sekolah bagi peluang kepada adiknya pula ke sekolah.

“Untuk mereka ke sekolah serentak, saya tidak dapat sedia wang saku mereka,” katanya.

Menurutnya, yuran persekolahan anaknya belum dibayar lagi sedangkan sekarang ini sudah di hujung tahun.

“Saya risau sekiranya saya tidak dapat sediakan wang untuk membayar yuran persekolahan anak – anak, mungkin anak saya yang tingkatan lima tidak dapat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia,” katanya.

Menurutnya, dia agak bernasib baik apabila anak sulungnya, Nurul Tasnin, yang sudah berumah tangga tinggal bersama, sekurang – kurangnya suami anaknya itu yang bekerja sebagai buruh dapat membantu tetapi mereka juga bukan orang senang kerana sudah mempunyai seorang anak.

“Dengan bil elektrik dan bil air tertunggak dua bulan, saya tertekan, sedih mengenangkan nasib kami anak beranak ini.

“Mungkin ini ujian hidup buat kami, tetapi berharap ada sinar untuk kami bebas dari belenggu kemiskinan ini,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah menyiarkan kisah Noraizam menjejaki suaminya yang hilang, namun setakat ini suaminya masih belum ditemui.
SH

Kenapa saya menyokong Bersih 2.0


1. Bersih 2.0 bukan sebuah pertubuhan sebagaimana yang didakwa oleh pihak UMNO dan Barisan Nasional kononnya Bersih adalah sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan R.O.S, sebaliknya Bersih 2.0 adalah satu kempen yang digerakkan oleh sekurang - kurangnya 62 Ngo yang bergabung untuk menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihanraya yang adil dan telus.

2. Kempen ini berpaksi kepada 8 tuntutan yang telah dikemukakan kepada pihak berkenaan samaada kerajaan mahupun pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Apa yang lebih penting juga ialah 8 tuntutan mesti difahami dan diperjuangkan oleh rakyat demi masa depan negara dan kepimpinannya iaitu :

Bersihkan Senarai undi

Mereformasikan undi pos

Penggunaan Dakwat Kekal

Masa kempen minima 21 hari

Akses media yang bebas dan adil

Kukuhkan Institusi awam

Hentikan rasuah

Hentikan politik kotor

3. Cubaan mengaitkan kempen Bersih 2.0 dengan perjuangan komunis dan pula mendapat pembiayaan dari pihak asing adalah satu percubaan jahat dan tidak berasas. Masakan komunis menyokong perjuangan pemulihan demokrasi yang digerakkan Bersih 2.0.

4. Menuduh tanpa bukti. Pastinya panik menyaksikan kebangkitan rakyat biarpun secara aman. Biarpun tidak keseluruhan namun, jumlah rakyat yang bangkit menolak dan membantah adalah jumlah yang membuatkan kuasa pemerintahan mereka tergugat andainya mereka rela untuk dihitung oleh rakyat.

5. Terpaksa mengekalkan undi pos sebagai tali hayat untuk kekal memerintah. Keupayaan kerajaan sangat terhad untuk memerangi rasuah yang telah membarah dalam parti.

6. Tuntutan lapan perkara yang dibawa oleh Bersih 2.0 akan terus menghantui. Menjadikan kerajaan hilang rasional lantas menggunakan pihak keselamatan untuk tradisi membelasah rakyat sendiri. Menangkap individu yang memakai baju kuning bertulis Bersih 2.0 dengan tertera pula lapan tuntutan.

7. Tuntutan lapan perkara ini akan terus diratib oleh rakyat sehinggalah kerajaan dan seluruh agensinya yang berkenaan akur dan bersedia untuk pilihanraya yang adil, telus dan saksama. Kita masih komited dengan kaedah "muwajahah silmiah" iaitu persaingan secara aman tanpa kekerasan dan senjata. Namun padang mestilah sama rata dan peraturan pula adil dan telus.

8. Bersih 2.0 tidak digerakkan untuk menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN dengan kekerasan sebagaimana apa yang dilakukan oleh mereka ke atas rakyat dengan menimbulkan huru hara dan kacau bilau yang menggugat keamanan serta ketenteraman awam.

9. Bersih 2.0 hanya menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihanraya yang bersih dan bersedia untuk bersaing dengan UMNO dan BN dalam sistem yang adil, telus dan saksama.

Tiada lagi penafian hak bersuara dengan memastikan akses media yang adil dan bebas serta tiada lagi pelanggaran hak memilih dengan mereformasikan undi pos.

10. Jika UMNO dan BN mengapong diri dengan kempen 1 Malaysia, Pakatan Rakyat memobilisasi rakyat dengan Bersih 2.0 yang akan terus kekal momentumnya biarpun berdepan dengan pelbagai tindakan yang tidak bertamadun.



Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan

SH

Bersih serah dokumen 8 perkara kepada Agong

Turut gesa enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia dibebaskan
PETALING JAYA: Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 semalam berjaya menyerahkan memorandumnya yang mengandungi lapan perkara kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, lapor sebuah laman berita setempat.

Encik Richard Yeoh dan Encik Liau Kok Fah, dua anggota jawatankuasa pandu Bersih 2.0, menyerahkan memorandum itu kepada seorang pembantu setiausaha peribadi Sultan Mizan pada sebelah petang.

'Memorandum itu menggesa agar diadakan pembaharuan (proses) pilihan raya,' kata Encik Liau kepada laman berita dalam talian Free Malaysia Today (FMT), semalam.

Antara lain, memorandum Bersih 2.0 itu menggesa agar dikemaskinikan senarai pengundi bagi pilihan raya mendatang, membaharui amalan undi pos dan menghentikan politik kotor dan rasuah.

Ia juga mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia menggunakan dakwat tidak boleh dikikis bagi setiap pengundi, mengadakan tempoh berkempen selama 21 hari, akses media yang bebas dan adil, serta pengukuhan institusi awam seperti SPR.

Selain itu, Bersih 2.0 turut menggesa agar enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), termasuk seorang Ahli Parlimen (AP), Dr Michael Jeyakumar Devaraj, dibebaskan daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat.

Dalam satu perkembangan lain pula, Datuk Marina Mahathir, anak mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau marah dengan serangan peribadi para pemimpin Barisan Nasional, termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, terhadap Ketua Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

'Saya rasa rakyat Malaysia sangat terkejut dengan tindakan ini. Juga tindakan kerajaan menahan anggota-anggota Parti Sosialis Malaysia dengan alasan mereka 'komunis'. Satu tuduhan yang sangat tidak berasas,' kata Datuk Marina, seperti yang disiarkan oleh laman berita Indonesia, VIVANews.com.

Anak sulung Dr Mahathir itu menyertai perhimpunan Bersih di Kuala Kumpur pada 9 Julai lalu bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih tetapi mengakui dirinya bernasib baik kerana menyertai perhimpunan itu di kawasan polis tidak langsung bertindak keras.

Namun, menurutnya, para pembantah di tempat lain mengalami tindakan kekerasan berlebihan daripada polis.

'Ada banyak cerita daripada peserta lain, termasuk rakan kerja saya. Mereka terkenan gas pemedih mata, meriam air dan keadaan kacau bilau,' katanya.

Datuk Marina berkata, walaupun mereka tidak melakukan hal-hal yang provokatif, mereka tetap diserang polis, walaupun telah melarikan diri, dengan tembakan gas pemedih mata hingga dalam pekarangan Hospital Tung Shin.

Cyberita Online Luar Negara: "Mudah cetak"