Wednesday, July 20, 2011

Cincin Rosmah, Pegawai Kastam KRISHNAN Ditahan?

KUALA LUMPUR: Dokumen-dokumen baru telah muncul dan mendedahkan bahawa cincin berlian yangdikatakan"dibeli" oleh isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor telah meninggalkan negara ini selepas empat hari ia dibawa masuk ke Malaysia.

Dalam e-mel yang dihantar kepada FMT, seorang penulis blog yang tidak mahu dikenali namanya, berkata cincin berlian RM24 juta "natural fancyblue cushion cut diamond ring" telah dibawa masuk ke negara ini pada 16 April untuk pameran peribadi oleh seorang VVIP yang tidak dikenali dan bukannya dibeli oleh Rosmah seperti yang didakwa lebih awal.

Cincin itu dihantar ke Singapura pada 20 April.

Satu set dokumen pengisytiharan import dan eksport menunjukkan bahawa cincin itu telah dibawa masuk ke negara ini oleh Jacob & Co c / o (penjagaan) Malca Amit Kuala Lumpur. Jacob & Co pengeluar gelang.

Dokumen tersebut juga mempunyai cetakan khas yang menyatakan: "Pemeriksaan oleh: H.E. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor"

Lampiran dokumen-dokumen lain menunjukkan bahawa cincin itu telah dihantar ke Singapura pada 20 April oleh Malca Amit (Malaysia) ke cawangan di Singapura.

Adalah difahamkan bahawa cincin itu kemudiannya dihantar kembali kepada pemiliknya Jacob & Co di New York.

Kedua-dua dokumen telah ditandatangani oleh pegawai Kastam yang bernama A Krishnan dan diakui oleh Abdul Najid Abdul Razak, pembantu khas Pengarah Kastam.

Terdapat percanggahan dalam dokumen-dokumen itu, yang meletakkan harga cincin itu RM24 juta dalam akuan pengimport manakala nilai RM23.73 juta dalam akuan pengeksport.

Nombor invois bagi item yang sama juga berbeza.

Satu set dokumen - daripada paparan skrin komputer Jabatan Kastam - yang lebih awal telah menunjukkan bahawa cincin itu bernilai USD 24 juta (RM73.48 juta).

Walau bagaimanapun, dokumen-dokumen baru yang menunjukkan pergerakan perjalanan cincin ini dari Kuala Lumpur ke Singapura telah meletakkan nilai cincin itu kepada kira-kira RM24 juta.

Set pertama dokumen juga menunjukkan bahawa cincin itu telah dilepaskan oleh Pengurus Operasi Kastam Krishnan dan cincin itu tidak mempunyai duti import yang dikenakan ke atasnya.


Krishnan ditahan?

Sementara itu, Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin di dalam blognya mendakwa bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan Krishnan yang menandatangani dokumen-dokumen Kastam tersebut.

Badrul, juga dikenali sebagai Chegubard, bagaimanapun, tidak menyatakan bila "Krishnan" ditahan.
Minggu lepas, beberapa blogger pro Pakatan Rakyat mendakwa bahawa Rosmah telah membeli sebentuk cincin dari Jacob & Co yang harganya mencecah sehingga RM75 juta berdasarkan nilai USD 24 juta.

Rosmah masih belum menjelaskan kemelut ini tetapi bukti terkini menunjukkan bahawa bukan dia yang membeli cincin tersebut dan ia hanya dibawa masuk ke negara ini untuk tujuan pameran.
Malaysiakini Warta 365 - Berita Terkini Segenap Dimensi: Ada Orang bakal mati di bangunan SPRM gara-gara goship cincin Rosmah Puaka Laknatullah

No comments:

Post a Comment