Thursday, July 21, 2011

EU kecam rancangan Israel bina penempatan baru

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) semalam mengecam keputusan Israel untuk membina 336 apartmen baru di penempatan Yahudi di Tebing Barat.

EU berkata, penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur itu adalah haram menurut undang-undang antarabangsa dan menjadi penghalang kepada perjanjian damai dengan Palestin.


Kenyataan yang dikeluarkan kesatuan berkenaan juga berkata, rancangan rejim Zionis itu juga menjejaskan usaha masyarakat antarabangsa untuk mencapai penyelesaian damai terhadap konflik di rantau itu.

Isnin lalu, Israel mengeluarkan bidaan untuk membina 336 apartmen baru di penempatan Yahudi di Karnei Shomron dan Betar Illit yang terletak di Tebing Barat.


Britain yang juga anggota EU, mengeluarkan kritikan berasingan.


“Rancangan meluaskan penempatan haram di Tebing Barat akan merumitkan lagi usaha damai,” kata Setiausaha Luarnya, William Hague. - AP

myMetro | EU kecam rancangan Israel bina penempatan baru

No comments:

Post a Comment