Sunday, January 26, 2014

Thailand setuju tangguh pilihan raya


26 Januari 2014

Thailand setuju tangguh pilihan raya
Thailand setuju tangguh pilihan raya Ribuan penyokong antikerajaan berhimpun di luar Mahkamah Persekutuan bagi mendesak hakim mengulingkan Yingluck. Foto: EPA



BANGKOK - THAILAND . Kerajaan sementara Thailand setuju secara bersyarat untuk menangguhkan pilihan raya yang dijadualkan 2 Februari ini.

Jurucakap pemangku Perdana Menteri Varathep Rattanakorn berkata, penangguhan itu boleh dilaksanakan jika penunjuk perasaan membatalkan perhimpunan pungutan suara di mahkamah.

“Mereka (penunjuk perasaan) mesti berjanji tidak akan menghalang pungutan suara baru dan tidak lagi menimbulkan kekecohan. Jika mereka ingkar rundingan antara kerajaan sementarahakim dan Suruhanjaya Pilihan Raya hanya sia-sia,” katanya menurut laporan Bangkok Post.

Sementara itu, SPR akan bertemu dengan pemangku Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dan hakim-hakim Mahkamah Perlembagaan bagi membincangkan penangguhan pungutan suara selepas mahkamah memutuskan Yingkluck harus membincangkan tarikh pilihan raya baru dengan Pengerusi SPR, Supachai Somcharoen, Isnin ini.

Tindakan itu dilakukan bagi memberi keadilan dan menghentikan pertumpahan darah yang telah meragut lima nyawa dan puluhan cedera sejak bulan lalu.

'Terus perjuangkan Islam'

'Terus perjuangkan Islam'Orang ramai mengiringi jenazah Allahyarham Harun untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Persendirian Kampung Padang Ujib, Manir, Kuala Terengganu, semalam. Kuala Terengganu: “Teruskan perjuangan Islam.” Itu pesanan keramat terakhir Datuk Harun Taib kepada anak sulungnya, Hilmi Harun, sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, awal pagi semalam.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu meninggal dunia pada usia 71 tahun, jam 12.17 pagi, akibat komplikasi penyakit kencing manis yang semakin serius sejak seminggu lalu.

Hilmi, 36, yang menyifatkan pemergian bapanya ke rahmatullah sebagai kehilangan sebutir permata pejuang Islam berkata, keadaan Allahyarham mula tidak stabil sejak seminggu lalu kerana mengalami luka yang mula merebak hingga menyebabkan jangkitan kuman.


“Beberapa hari sebelum dimasukkan ke hospital, penyakit kencing manis dihidapinya semakin serius dan tidak stabil. Allahyarham mengalami luka yang kemudian merebak dan menyebabkan jangkitan kuman kepada organ dalaman termasuk buah pinggang.

“Kami sekeluarga reda dengan kematian bapa dan pemergian beliau adalah sebagai seorang pejuang Islam. Sudah sampai masa bapa ‘berehat’ sebagai seorang pejuang Islam. Seluruh anak didik Allahyarham akan menyambung perjuangan Islam yang dipelopori dan diasuh oleh beliau.

“Malah, sebelum meninggal dunia, Allahyarham juga sempat berpesan kepada saya supaya terus teguh dan tabah dalam memperjuangkan Islam dan saya akan pegang amanatnya itu,” katanya sambil menambah keadaan kesihatan bapanya kurang stabil sejak 2010 dan pernah mengalami minor strok.

Perkuburan persendirian
Jenazah Allahyarham yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir selama lima penggal selamat dikebumikan di tanah perkuburan persendirian milik keluarganya di Kampung Padang Ujib, Manir, di sini, jam 11 pagi semalam.

Terdahulu jenazah Allahyarham yang dikenali sebagai pemimpin PAS paling lantang memperjuangkan hak Islam termasuk isu kalimah Allah dan hudud, disembahyangkan di Markaz Tarbiyah PAS (Kolej Universiti Darul Quran Islamiyah) di Kubang Lembek, Manir, jam 10 pagi.

Lebih 5,000 orang termasuk pemimpin kanan PAS dan pemimpin Barisan Nasional (BN) menziarahi dan mengiringi jenazah ke tanah perkuburan dengan berjalan kaki tiga kilometer.

Antara pemimpin yang hadir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Mohd Zubir Embong; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob; Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail dan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Suasana di tanah perkuburan juga sayu dengan esak tangis hadirin yang meratapi pemergian Allahyarham. Malah, Abdul Hadi yang terlalu sebak dengan kehilangan rakan seangkatannya itu dilihat beberapa kali menyeka air mata.

Presiden PAS itu enggan ditemu bual media kerana terlalu sedih.

Aplikasi beri maklumat selamat serangan bom

Aplikasi beri maklumat selamat serangan bomBeirut: Penduduk Lubnan kini memiliki satu aplikasi telefon bimbit yang direka khusus untuk memaklumkan kepada keluarga atau orang tersayang bahawa mereka terselamat sekiranya berlaku sebarang serangan bom berikutan meningkatnya kejadian ganas di sana.

“I am Alive (Saya masih hidup)” adalah ciptaan seorang pelajar sarjana Lubnan yang tinggal di Paris, Sandra Hassan, 26 di mana ia membolehkan pengguna segera mengirimkan mesej standard twitter selepas sesuatu serangan bom berlaku.

“Saya masih hidup!” dengan hashtag #Lubnan dan #LatestBombing.

Sandra memuatnaik aplikasi telefon pintar berkenaan berikutan satu serangan bom bunuh diri di selatan Beirut di Haret Hreik yang membunuh empat penduduk.


Bergegas dapatkan telefon

“Setiap kali ada letupan atau kejadian seumpamanya di Lubnan, kita semua bergegas mendapatkan telefon untuk memaklumkan keluarga atau rakan bahawa kita masih hidup atau bekerja di kawasan terbabit di mana kita perlu berhubung dengan mereka,” kata Sandra kepada AFP.
Masalah berkenaan menjadi lebih buruk kepadanya kerana beliau tinggal jauh dari keluarga dan rakan di Lubnan.

“Selepas letupan pada Selasa lalu, saya ciptakan dan siarkan aplikasi ini sebagai jenaka, bahawa dalam situasi berkenaan kita memerlukan aplikasi ini yang amat praktikal,” katanya.

Aplikasi untuk telefon Android itu bagaimanapun masih baru dan belum memiliki jumlah pengguna yang sudah memuat turunnya.

Tetapi Sandra berkata beliau terkejut dengan minat yang ditunjukkan terhadap ciptaannya itu untuk keadaan di Lubnan.

Malah beliau turut berjanji kepada pengguna aplikasi terbabit bahawa beliau turut merancang satu aplikasi baru untuk membolehkan ahli politik Lubnan terus memberi komen mereka apabila berlaku serangan.

Lubnan bukan asing dengan keganasan apabila ia mengalami perang saudara selama 15 tahun yang berakhir pada 1990 dan satu siri pembunuhan politik sejak 2005. - AFP

Model jadi setiausaha presiden paling miskin

Model jadi setiausaha presiden paling miskin
Mujica (gambar kecil) dan Leis. 
Montevideo: Presiden Uruguay, Jose Mujica menjadi bahan berita apabila beliau dikatakan mempunyai seorang setiausaha yang juga model seksi ketika sebuah akhbar Brazil menyifatkan pemimpin itu sebagai presiden paling miskin di dunia.

Fabiana Leis, 33 yang bekerja di pejabat presiden itu sejak 2002 pada masa sama juga bekerja sebagai seorang model, aktres dan seorang penari.

“Di Uruguay susah untuk hidup jika anda hanya bergantung kepada seni semata-mata,” kata Leis dalam temubual dengan Clarin.

Leis juga menarik perhatian umum apabila muncul menjadi model dengan berbogel dalam sebuah majalah Uruguay, Fevvi pada 2011.

Akhbar Korean Herald menyifatkan tidak seperti rakyat Korea, penduduk tempatan di Uruguay tidak pernah mempersoalkan aktivitinya di mana kakitangan kerajaan akan didakwa jika melakukan perbuatan seperti itu sedangkan mereka masih dalam perkhidmatan awam.

Malah model terbabit dikatakan turut mengedarkan 200 kalendar berkenaan kepada rakan sekerjanya di pejabat presiden itu.

Presiden Mujica, terkenal kerana penampilan beliau yang hanya menaiki motosikal ketika menjadi ahli parlimen selepas 14 tahun merengkok di dalam penjara atas kesalahan anti kerajaan ketika pemerintahan bekas tentera.
Presiden berusia 78 tahun itu menjalani kehidupan paling ringkas dengan hanya menerima 10 peratus daripada gajinya berjumlah AS$1,200 (RM3,988) manakala selebihnya didermakan.

Presiden Mujica dan isterinya memiliki harta yang amat sedikit berbanding presiden lain termasuk hartanah bernilai AS$1,870 (RM6,234), dua kereta bernilai AS$5,520 (RM18,348) dan tiga traktor serta peralatan ladang bernilai AS$18,993 (RM63,132).

Presiden itu tinggal di sebuah rumah ladang yang hampir roboh dengan kain bersidaian di luarnya. Bekalan airnya adalah dari sebuah perigi di halaman rumahnya yang sudah ditumbuhi banyak lalang. Tidak ada pengawal keselamatan lengkap bersenjata, yang ada hanya dua anggota polis dan seekor anjing berkaki tiga, Manuela yang berkawal di luar rumah berkenaan.

AGENSI

Presiden Perancis akan berpisah dengan teman hidup



GAMBAR fail menunjukkan Hollande dengan Valerie-Trierweiler di Paris pada 1 Oktober 2013.


PARIS - Presiden Perancis, Francois Hollande bakal mengumumkan beliau akan berpisah dengan teman hidupnya, Valerie-Trierweiler.
Pengumuman itu dibuat selepas pihak media menyiarkan laporan Hollande menjalin hubungan sulit dengan seorang aktres, Julie Gayet.
Hollande sebelum ini hidup dengan Valerie-Trierweiler, 48, sejak tahun 2006 tanpa melangsungkan perkahwinan.
Dua minggu lalu, majalah Closer mengeluarkan laporan yang menyatakan, Hollande menjalin hubungan sulit dengan Gayet.
Ia menyiarkan beberapa keping gambar yang menunjukkan Presiden Perancis itu memakai topi keledar selepas menunggang sebuah skuter untuk menemui aktres tersebut.
Liputan berita itu telah menyebabkan dasar-dasar Hollande yang properniagaan tidak mendapat perhatian orang ramai.
Menurut tinjauan pendapat, Hollande, 59, merupakan Presiden Perancis paling tidak popular dalam sejarah moden negara ini. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0126&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2rS4FrjDZ 
Hakcipta terpelihara 

Kerajaan Thailand sedia tangguh pilihan raya


Suthep Thaugsuban bersama penyokongnya ketika menyertai tunjuk perasaan antikerajaan di Bangkok, semalam. - AFP
BANGKOK 25 Jan. - Kerajaan sementara Thailand bersedia menangguhkan pilihan raya umum yang dijadualkan pada mulanya pada 2 Februari ini dengan syarat penunjuk perasaan antikerajaan menghentikan bantahan mereka di ibu negara dengan serta-merta.
Portal berita Bangkok Post yang memetik sumber Pejabat Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra melaporkan, penunjuk perasaan juga perlu berjanji tidak menghalang atau memulaukan pilihan raya baharu jika tarikh asal ditunda.
Menurut laporan itu, Yingluck bersedia berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya, yang sebelum ini mendesak agar pilihan raya itu ditangguhkan ekoran kebimbangan proses pengundian boleh terganggu oleh tunjuk perasaan.
Semalam, Mahkamah Perlembagaan memutuskan bahawa kerajaan dan suruhanjaya terbabit mempunyai kuasa untuk menangguhkan pilihan raya di negara ini.
Keputusan tersebut, sekali gus memberi tekanan kepada kerajaan pimpinan Yingluck yang menetapkan 2 Februari ini sebagai tarikh pilihan raya, ketika tunjuk perasaan antikerajaan semakin memuncak di Bangkok.
Proses pengundian awal dijadual bermula esok, namun tiada sebarang keputusan dibuat setakat ini oleh Yingluck berhubung isu penangguhan pilihan raya itu oleh mahkamah.
Sementara itu, ketua penunjuk perasaan, Suthep Thaugsuban berjanji penyokongnya tidak akan mengganggu proses pengundian awal itu.
Jelas Thaugsuban, penunjuk perasaan tidak akan menghalang orang ramai untuk turun mengundi, namun bantahan akan tetap diteruskan di 50 pusat pengundian di ibu negara.
"Kami akan memujuk orang ramai yang ingin mengundi agar menyertai tunjuk perasaan bagi mendesak pembaharuan dilaksanakan di Thailand," katanya kepada Bangkok Post.
Bagaimanapun beliau tidak memberi sebarang kenyataan berhubung kesediaan kerajaan untuk menangguhkan pilihan raya jika tunjuk perasaan dihentikan. - DPA/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140126/lu_03/Kerajaan-Thailand-sedia-tangguh-pilihan-raya#ixzz2rRxPhnAr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Presiden Perancis, teman wanita berpisah?


PARIS 24 Jan. - Presiden Perancis, Francois Hollande dijangka mengumumkan perpisahannya dengan teman wanitanya, Valerie Trierweiler, hari ini ekoran pendedahan media tentang hubungan sulitnya dengan seorang pelakon.
Akhbar Journal du Dimanche melaporkan Trierweiler, 48, yang menjadi teman wanita Hollande sejak 2006, merancang ke India untuk lawatan amal dan pemimpin Perancis itu mahu menyelesaikan hubungan mereka sebelum Trierweiler berlepas ke India.
"Kenyataan akhbar dari Istana Elysee (kediaman Presiden) dijangka disiarkan pada bila-bila masa hari ini," jelas akhbar tersebut.
Seorang jurucakap Presiden yang dihubungi enggan mengulas lanjut tentang laporan itu dan jurucakap Trierweiler turut berbuat demikian.
Trierweiler, seorang penulis dengan majalah Paris Match, tidak berkahwin dengan Hollande tetapi dianggap memegang tugas sebagai Wanita Pertama Perancis pada majlis rasmi sejak Hollande dipilih sebagai Presiden pada Mei 2012.
Dua minggu lalu, majalah hiburan Closer menyiarkan laporan tentang skandal Hollande dengan pelakon tempatan, Julie Gayet.
Majalah itu turut mendakwa Hollande memakai topi keledar dan menaiki skuter untuk menemui Gayet pada waktu malam.
Presiden berusia 59 tahun itu mempunyai empat orang anak dalam hubungannya dengan pemimpin kanan Parti Sosialis, Segolene Royal, sebelum ini.
Royal mengumumkan berpisah dengan Hollande selepas beliau tewas di tangan Nicolas Sarkozy pada pilihan raya Presiden 2007. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140126/lu_06/Presiden-Perancis-teman-wanita-berpisah#ixzz2rRxBmIAl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Presiden UAE stabil selepas pembedahan akibat strok


DUBAI 25 Jan. - Presiden Emiriah Arab Bersatu (UEA), Sheikh Khalifa Zayed al-Nahayn telah menjalani pembedahan selepas diserang penyakit strok dan kini berada dalam keadaan stabil, lapor agensi berita WAM hari ini.
Menurut Kementerian Hal Ehwal Presiden, Sheikh Khalifa mengalami strok semalam yang menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan, namun tiada maklumat terperinci tentang hal itu diumumkan. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140125/lu_13/Presiden-UAE-stabil-selepas-pembedahan-akibat-strok#ixzz2rRx0Z6H9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, January 25, 2014

Diletakkan dalam syarikat milikan negara hanya utk merembat harta rakyat.

Diletakkan dalam syarikat milikan negara hanya utk merembat harta rakyat.

Debat dengan kangkong

Debat kalimah ALLAH diteruskan, jamin terkawal
  • Debat kalimah ALLAH
 1 / 1 
SHAH ALAM - Susulan desakan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) untuk membatalkan program Perdebatan Hujah Isu Kalimah ALLAH, Pengarah Eksekutif Sinar Harian, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi menegaskan, program itu akan tetap diteruskan seperti yang dijadualkan.

Menerima baik pandangan Abim itu, Akmal Eifran menerusi satu kenyataan berkata, perdebatan kali ini bagaimanapun akan diadakan secara tertutup, tidak seperti kebiasaannya.

"Kita maklum akan kegusaran yang timbul. Oleh kerana itulah Sinar Harian mengambil langkah-langkah awal agar majlis itu berlangsung dengan lancar tetapi terkawal.

"Kami juga percaya kedua-dua ahli panel yang terlibat iaitu YB Datuk Seri Noh Omar dan YB Khalid Samad akan mengupas kontroversi itu daripada sudut perundangan," ujar beliau.

Garis panduan perdebatan juga sudah dimaklumkan kepada ahli panel dan moderator, tambahnya.

Tegas Akmal Eirfan, Sinar Harian mahu terus kekal menjadi medium dalam memastikan isu yang melibatkan kepentingan awam dibincangkan secara ilmiah untuk kepentingan bersama.

Ia termasuklah dalam isu kalimah ALLAH ini yang akan dikupas dari sudut perundangan.

"Kami ingin jadikan Sinar Harian sebagai satu platform persamaan di mana perbincangan ini dibuat secara ilmiah dan percaya kematangan masyarakat untuk menerima hujah-hujah secara intelektual," ujar beliau.

Program Wacana Sinar Siri-26 yang bertajuk “Perdebatan Hujah Isu Kalimah ALLAH Dari Perspektif Undang-Undang” akan diadakan pada Isnin, 27 Januari bertempat di Auditorium Komplek Kumpulan Media Karangkraf, di sini.

Program menampilkan panelis jemputan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad dan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Sementara moderator yang dijemput bagi mengendalikan program ini ialah Prof Madya Dr Sham Rahayu Abd Aziz, seorang pensyarah dan pakar undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

Ugut mengugut budaya kangkong...

Tindakan tegas pembimbing haji politikkan ibadah
  • Jamil Khir Baharom Jamil Khir Baharom
 1 / 1 
KUALA TERENGGANU - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pembimbing haji yang dikesan cuba mempengaruhi jemaah haji untuk membenci kerajaan.
  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tindakan memecat atau menghantar balik pembimbing berkenaan akan dilakukan segera jika kesalahan berkenaan terbukti dilakukan di Tanah Suci Makkah dan Madinah.
  
"Tindakan berkenaan bakal diambil sekiranya Tabung Haji mempunyai bukti kukuh di atas kesalahan itu kerana ia adalah sesuatu yang serius sedangkan kerajaan selama ini sudah berusaha yang terbaik agar umat Islam dapat menjalankan rukun Islam kelima itu dengan selesa dan lancar.
  
"Sebagai contoh, terdapat jemaah yang memberitahu ketika mereka melakukan ibadah melontar di ketiga-tiga Jamrah, jemaah haji dipesan agar selain ibadah itu dilakukan untuk melontar syaitan...sekembalinya ke tanah air mereka perlu melontar untuk menjahanamkan Umno," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan kali ke-30 di sini hari ini.

Muzakarah yang berlangsung selama empat hari bermula semalam itu bertujuan membincangkan pelbagai hukum haji yang sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.
  
Sebanyak 370 pembimbing ibadah haji dari seluruh negara berhimpun dalam muzakarah itu termasuk dari Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei dan Filipina.
  
Sehingga kini, terdapat kira-kira 400 orang pembimbing ibadah haji yang dilantik Tabung Haji bagi memberi panduan kepada jemaah sepanjang berada di Tanah Suci.
  
Mengulas mengenai kesepakatan pembimbing ibadah haji dalam menjawab persoalan yang timbul, Jamil berkata muzakarah itu akan berusaha menyeragamkan jawapan agar tidak berlaku lagi kekeliruan dalam kalangan jemaah haji. - Bernama

Bezakah ALLAH di Semenanjung dengan Sabah Sarawak?

Khalid Samad
Khalid Samad 
NIZAM ZAIN
25 Januari 2014
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mempersoalkan kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed semalam yang mengesa kerajaan mengembalikan keputusan asal membenarkan kalimah ALLAH dalam Bible berbahasa Melayu digunakan oleh penganut Krisitian di Sabah dan Sarawak sahaja.
Beliau juga menyifatkan pendirian Mahathir itu sebagai tidak konsisten apabila cuba membuat  pusingan U kenyataannya sedangkan kebenaran itu turut telah termaktub dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor pada 1988, iaitu ketika beliau menjadi perdana menteri lagi.
“Adakah ALLAH di Semenanjung berbeza dengan Sabah dan Sarawak? Apa logiknya, saya masih tidak memahaminya? Apa yang Tun Mahathir cakap itu tidak konsisten, dekat Semenanjung tidak boleh, di sebelah sana boleh pula.
“Perkara itu diluluskan ketika beliau perdana menterinya, saya fikir peliklah tiba-tiba dia kata dekat Sabah Sarawak boleh, dekat Semenanjung tidak boleh,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, larangan itu perlu bersandarkan kepada hukum dan perundangan Islam dan ia tidak sepatutnya mengenakan larangan tersebut mengikut kawasan tertentu sahaja melainkan untuk menjaga kepentingan umat Islam.
“Kalau ia salah dari sudut undang-undang Islam, sepatutnya semua tempat tidak boleh, kecuali ada sebab-sebab tertentu yang perlu diperjelaskan atas kepentingan umat Islam tertentu di Semenanjung itu tidak boleh, maka ia diharamkan atas sebab-sebab tertentu.
“Seolah-olah apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pun tidak betul, bila benda jadi kelam kabut, orang Islam pun tidak tahu apa sebenarnya hukum yang sebenar,” katanya lagi sambil menyifatkannya sebagai percaturan politik yang dimainkan Umno-BN untuk kepentingan mereka.

.Hari pertama dialam barzakh..

Perjalanan terakhir murabbi ummah, tiada kata yang mampu diucapkan hanya mampu dalam kalungan doa agar beliau dikalangan hamba Allah yg soleh, doa itu belum putus dari hati kecil ini, Allahyarham Tuan Guru Dato Harun Taib..Hari pertama dialam barzakh..Perjalanan terakhir murabbi ummah, tiada kata yang mampu diucapkan hanya mampu dalam kalungan doa agar beliau dikalangan hamba Allah yg soleh, doa itu belum putus dari hati kecil ini, Allahyarham Tuan Guru Dato Harun Taib..Hari pertama dialam barzakh..

Al-Fatihah

@[146911248727335:274:Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang] menyempurnakan hak persahabatan sejak zaman belajar.

a.k.aDato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyempurnakan hak persahabatan sejak zaman belajar.

Solatlah kamu walaudimana kamu berada.

Tindakan JAIS rampas Bible ikut undang-undang


Kuala Lumpur: Resolusi 10 perkara yang dipersetujui kerajaan sebelum ini terbatal secara automatik di negeri yang mempunyai enakmen berkaitan agama Islam, tidak termasuk Sarawak dan Sabah.

Penegasan itu sekali gus mengesahkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas Bible menggunakan kalimah yang eksklusif untuk umat Islam awal bulan ini adalah tindakan yang menurut lunas undang-undang, selain tidak bertentangan dengan resolusi terbabit.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, dasar itu disepakati, namun keputusan itu tertakluk kepada undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri.

Tegas beliau, perkara kesembilan resolusi itu turut menyebut secara khusus bahawa ia tertakluk kepada kedua-dua perundangan berkenaan.

“Maknanya kalau negeri itu ada enakmen, ia tertakluk kepada enakmen negeri, tetapi jika negeri yang tidak mempunyai enakmen seperti Sabah dan Sarawak, maka amalan biasa boleh diteruskan dan tidak ada sesiapapun yang harus menakutkan mana-mana pihak,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato' Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Resolusi 10 perkara dibuat kerajaan pada 2011 menjelang pilihan raya Sarawak yang antaranya membenarkan masyarakat Kristian di negeri itu dan Sabah terus menggunakan bible versi bahasa Melayu.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib yang juga Presiden UMNO berkata, MT sebulat suara menyokong pendirian kerajaan dalam mempertahankan kedudukan Islam termasuk kalimah Allah.

Ditanya mengenai titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengenai penggunaan kalimah Allah adalah eksklusif untuk orang Islam baru-baru ini, beliau menjelaskan titah berkenaan adalah dalam konteks negeri Kedah.

“Titah itu dibuat pada hari keputeraan baginda yang hanya membabitkan Kedah kerana Tuanku adalah ketua negeri berkenaan,” katanya lagi.

Selain itu, beliau berkata panduan Indeks Pencapaian Prestasi (KPI) UMNO akan diedarkan kepada semua badan perhubungan negeri, bahagian dan cawangan.



Kata beliau setiap ahli MT akan memantau KPI bahagian manakala ketua bahagian akan ditugaskan untuk memantau KPI cawangan.

“KPI itu juga akan digunakan bagi memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan lebih aktif dan sistematik,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/25

Saintis Dr Gerhard Roth Menemui Bahagian Jahat Dalam Otak


Hasil kajian ahli neurologi Jerman berjaya menemui bahagian otak yg membuat manusia menjadi jahat. Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di depan bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan X-ray. Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku jenayah. Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku jenayah di Jerman yg dipenjarakan utk tempoh lama. Penyelidikan tersebut menunjukkan perilaku jahat juga boleh diwarisi daripada genetik. “Jika terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit di bahagian hadapan otaknya, sebanyak 66 % generasi berikutnya berpotensi mengalami simptom sama,” jelasnya lagi.

Di dalam Al-Quran disebut “Nasiyyahtin kazibatin khati’ah” maksudnya “Ubun-ubun yg membuat dusta dan bersalah”. Jika benar penemuan ini, ianya adalah ‘i’jaz al-quran’ yang membuktikan kebenaran isi kandungan al-Quran. kajian ini membuka laluan kpd pengkaji utk mengkaji lebih mendalam mengenai ‘Ubun-ubun’ yg dimaksudkan dlm Al-Quran. 

Cuaca luar biasa landa Kuala Krai


HASNAH Mustafa menunjukkan santan yang membeku akibat cuaca sejuk di kedainya di Kampung Bedal, Kuala Krai, Kelantan, semalam.
KUALA KRAI 24 Jan. - Seolah-olah menikmati suasana pagi di Cameron Highlands, Pahang.
Itulah yang dirasakan penduduk di sekitar Kuala Krai di sini apabila suhu kira-kira 17 darjah Celsius direkodkan di daerah ini sejak Rabu lalu.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar daerah ini mendapati, penduduk terpaksa memakai baju tebal bagi melakukan aktiviti seharian berikutan perubahan cuaca yang berlaku.
Seorang kakitangan awam, Che Ragayah Che Yaakob , 31, mendakwa, fenomena cuaca sejuk seolah-olah berada di Cameron Highlands tidak pernah berlaku di kawasan itu sebelum ini.
Katanya, suasana bertambah sejuk terutama pada waktu malam menyebabkan dia terpaksa mengunakan selimut tebal.
"Saya difahamkan keadaan ini akan berterusan beberapa hari lagi sehingga minggu depan dan fenomena ini turut melanda beberapa daerah lain di negeri ini," katanya ketika ditemui.
Seorang lagi kakitangan awam, Norazita Ismail, 36, berkata, beliau terpaksa mandi menggunakan air panas pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja.
"Hendak sentuh air pada waktu pagi sekarang sangat sejuk, terasa seperti menyentuh ais lebih-lebih lagi ketika hendak berwuduk.
"Keadaan ini menyebabkan suasana berkabus walaupun pada pukul 11 pagi," katanya.
Sementara itu seorang pengusaha santan kelapa, Hasnah Mustafa, 50, pula berkata, akibat cuaca sejuk, santan yang dihasilkan menjadi beku walaupun tidak disimpan di dalam peti ais.
"Situasi yang berlaku ini merupakan kali pertama saya alami sejak mula mengusahakan perniagaan empat tahun lalu," katanya.
Dalam pada itu, laman web Jabatan Meteorologi mencatatkan suhu minimum di Kuala Krai hari ini adalah 19.1 darjah celsius iaitu masih yang terendah bagi kawasan tanah rendah dengan Cameron Highlands mencatatkan suhu minimum 12.3 darjah celsius.
Kelmarin, Jabatan Meteorologi menerusi satu kenyataan melaporkan secara relatifnya, bulan ini dan Februari merupakan tempoh suhu minimum yang agak rendah berbanding bulan-bulan lain.
Suhu udara yang sejuk daripada biasa yang dialami di kebanyakan tempat terutamanya di kawasan pantai timur dan utara Semenanjung pada minggu ini adalah disebabkan tiupan angin timur laut yang agak kencang, berpunca dari tanah besar China yang ketika ini sedang mengalami musim sejuk.
Selain itu, keadaan litupan awan yang kurang di seluruh Semenanjung sepanjang minggu ini turut membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan awal pagi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140125/dn_08/Cuaca-luar-biasa-landa-Kuala-Krai#ixzz2rMfJDT1p
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Halang kalimah Allah digunakan Kristian di Semenanjung - Tun M


TUN Dr. Mahathir Mohamad melancarkan buku "Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam" di Dewan Muktamar, Pusat Islam di ibu negara hari ini. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI
KUALA LUMPUR 24 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan perlu kembali kepada perjanjian asal yang hanya membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja.
Bekas Perdana Menteri berkata, sebarang permohonan oleh pihak tertentu untuk menggunakan kalimah tersebut di Semenanjung mesti dihalang kerana hampir semua penduduk yang menggunakan bahasa Melayu di sini adalah orang Melayu beragama Islam.
Menurut beliau, cubaan pihak berkenaan untuk menggunakan kalimah Allah di Semenanjung dilihat lebih kepada rancangan untuk menarik orang Melayu dan Islam di sini kepada agama Kristian.
"Saya berpendapat, kalimah Allah adalah hak eksklusif orang Islam kerana kalimah itu tidak ada di dalam Bible atau terjemahannya di dalam mana-mana bahasa sebelum kedatangan Islam.
"Di zaman pemerintahan British dahulu pun, pihak Kristian dilarang mengembangkan agama mereka kepada umat Islam tetapi sekarang ada usaha untuk berbuat demikian dan ini boleh merosakkan masyarakat," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Forum Kebangsaan dan Pelancaran Buku Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam di Pusat Islam di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140124/dn_39/Halang-kalimah-Allah-digunakan-Kristian-di-Semenanjung---Tun-M#ixzz2rMGOuTFc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Harun Taib meninggal dunia


KUALA LUMPUR 25 Jan. - Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib, 70, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12 tengah malam tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Pegawai Tadbir Lajnah Penerangan dan Dakwah Pas Pusat, Mohd Shahir Abu Hassan mengesahkan Allahyarham meninggal dunia setelah uzur dan tidak sedarkan diri sejak malam Khamis. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140125/dn_01/Harun-Taib-meninggal-dunia#ixzz2rMGDVVqF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Isu kalimah Allah: MAIS tempelak Khalid Samad


SHAH ALAM 24 Jan. - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) membidas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang menuduh badan agama itu menjadi alat pihak tertentu dalam isu kalimah Allah sehingga mewujudkan ketegangan antara orang Islam dan Kristian.
Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, kenyataan Khalid yang menyatakan Bible yang dirampas itu mempunyai cap pengesahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk diterbitkan kepada orang bukan Islam dan bukan dirampas ketika cuba diedarkan kepada orang Melayu juga adalah sesuatu yang amat tidak bertanggungjawab kerana dibuat tanpa menyemak kesahihan serta kebenaran fakta.
Menurutnya, MAIS menyokong tindakan Jabatan Agama Islam (JAIS) merampas Bible yang mengandungi kalimah Allah daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM) kerana dibuat mengikut Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.
"Kenyataan itu hanya bertujuan mengelirukan rakyat daripada mengetahui fakta sebenar tentang tindakan JAIS yang jelas bermotifkan kepentingan politik sempit dan bersifat memecah-belahkan masyarakat di negara ini.
"Sebagai seorang wakil rakyat yang beragama Islam, beliau (Khalid) seharusnya lebih sensitif atas tindakan pihak tertentu yang cuba mencemar kesucian agama Islam dan melanggar undang-undang secara terang-terangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dalam blognya baru-baru ini mempersoalkan tindakan (JAIS) yang merampas Bible versi bahasa Melayu dari pejabat Persatuan Bible Malaysia atas alasan menyekat agama Kristian daripada disebarkan kepada orang Islam.
Ini kerana katanya, Bible dengan cap KDN tersebut dirampas ketika dalam simpanan di pejabat persatuan itu dan bukannya dirampas ketika cuba diedarkan kepada orang Islam.
Beliau turut mempersoalkan sama ada tindakan JAIS itu sebahagian daripada strategi pihak tertentu bagi mewujudkan ketegangan antara penganut Islam dan bukan Islam di negeri ini.
Mohamad Adzib dalam pada itu sekali lagi menegaskan, JAIS tidak perlu memaklumkan kepada mana-mana pihak apabila ingin mengambil sesuatu tindakan penguatkuasaan kerana hanya akan mengganggu proses siasatan.
Jelasnya, tindakan Khalid yang menyokong supaya JAIS mendapat kebenaran Menteri Besar dan Exco Agama sebelum membuat sesuatu serbuan juga membuktikan Ahli Parlimen Shah Alam itu tidak memahami dan mengetahui peruntukan undang-undang negara dan negeri sedia ada yang jelas memberi kuasa mentadbir agama Islam kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, bukannya kepada Kerajaan Persekutuan atau negeri.
"Kami amat kesal kerana meskipun beliau seorang pemimpin veteran dan wakil rakyat tetapi prinsip asas perundangan negara tidak diketahui," ujarnya.
Mengulas mengenai dakwaan MAIS 'melaksanakan strategi politik UMNO' dan isu penyelesaian 10 perkara yang dikeluarkan jemaah menteri, Adzib menegaskan, MAIS tidak mengikut telunjuk mana-mana pihak, malah secara dasarnya tidak bersetuju dengan penyelesaian 10 perkara itu.
"MAIS juga menggesa Khalid dan individu lain supaya menyemak kesahihan sesuatu fakta sebelum membuat sebarang kenyataan terutama melibatkan sensitiviti kaum serta agama.
"Pada masa akan datang, jika ada mana-mana kenyataan yang tidak bertanggungjawab serta berunsur fitnah dan hasutan, kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang," tegasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140125/dn_27/Isu-kalimah-Allah-MAIS-tempelak-Khalid-Samad#ixzz2rMFlmJTy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, January 24, 2014

Haron Din stabil, Harun Taib belum sedarkan diri

SINAR HARIAN
24 Januari 2014
SHAH ALAM – AJK Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mengesahkan bahawa Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib kini mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

“Saya cuma dapat maklumat beliau dimasukkan ke hospital sebab sakit lamanya...

“Memang betul berita mengatakan beliau pengsan dan masuk ke hospital, sebab ramai juga pimpinan Pas sudah menziarah beliau,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Media sosial hari ini melaporkan Harun telah ditahan di wad terbabit sejak semalam dan telah menerima rawatan.

Menurut sumber itu lagi, perkara tersebut juga telah disahkan oleh anak beliau, Hamdi Harun.

Selain itu, sumber itu juga menyatakan Timbalan Musyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din turut menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Keadaan Haron yang dilaporkan kritikal sebelum ini, kini dilaporkan stabil.

Protes bantah duduk di Bahrain


Protes bantah duduk di Bahrain24 Januari 2014

Protes bantah duduk di Bahrain Protes bantah duduk dilancarkan sebagai bantahan terhadap tindakan kerajaan memecat pekerja atas sebab politik.

MANAMA - BAHRAIN. Sekumpulan penunjuk perasaan di Bahrain, nekad melancarkan protes duduk bantah untuk menzahirkan kemarahan terhadap kerajaan kerana memecat mereka atas sebab politik.

Kesemua mereka berhimpun di luar Kementerian Buruh di bandar Isa, selatan ibu negara sambil memegang sepanduk mengutuk tindakan kerajaan itu.

Menurut seorang daripada penunjuk perasaan tersebut, tindakan itu dibuat sebagai 'hukuman' ke atas mereka kerana menyertai protes menentang pemerintahan rejim Al Khalifa.

"Keadaan hidup kami kini bertambah buruk kerana ramai menganggur sejak tiga tahun lalu," kata peserta protes itu lagi yang enggan identitinya didedahkan.

Difahamkan, ramai pekerja dibuang kerja atau digantung tugas selama-lamanya selepas protes antikerajaan tercetus di negara itu pada awal 2011 menurut laporan. - Press TV

Bapa mohon pulangkan duit hilang

Bapa mohon pulangkan duit hilang
SINAR HARIAN

24 Januari 2014
Adli Isham menunjukkan laporan polis dibuatnya berhubung kehilangan beg berkenaan.

SEREMBAN – “Saya orang susah, tolonglah… duit itu sumbangan orang ramai untuk kos perubatan anak saya yang sakit,” kata Adli Isham Abas, 35, yang bingung memikirkan wang RM3,000 hasil sumbangan orang ramai yang disimpan di dalam beg miliknya hilang dipercayai tercicir.

Walaupun mengakui agak mustahil untuk beg serta wang itu dikembalikan, namun dia amat berharap agar ada individu berhati mulia dapat memulangkannya.

Menceritakan kejadian pada minggu lalu, Adli berkata, ketika kejadian dia baharu keluar rumah namun ketika dalam perjalanan, dia mula menyedari beg berwarna hitam miliknya tiada.

“Jadi, saya memberhentikan kenderaan di tepi jalan memeriksa seluruh kereta, namun kecewa kerana beg saya berisi wang sumbangan orang ramai RM3,000 untuk kos perubatan anak saya hilang.

“Puas saya mencari di sepanjang jalan, namun tiada. Saya mula ingat semasa saya tutup pagar rumah, saya letak beg itu di atas bumbung kereta,” katanya yang tinggal di Kuala Sawah, Rantau.

Sesiapa yang menjumpai beg itu boleh menghubungi Adli Isham di talian 019-6255349.

Bah di Indonesia makin buruk


24 Januari 2014

Bah di Indonesia makin buruk
Bah di Indonesia makin buruk Penduduk berpindah selepas kediaman ditenggelami banjir. Foto: AFP



JAKARTA - INDONESIA. Seorang wanita maut dan 12 yang lain hilang selepas kediaman mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di daerah Kudus, wilayah Jawa tengah, Indonesia.

Pegawai Agensi Bencana, Junaidi berkata, pasukan penyelamat menghadapi kesukaran menyelamatkan mangsa kerana keadaan jalan sangat teruk.

"Ketika kejadian, kesemua mangsa sedang tidur. Setakat ini satu mayat dijumpai dan usaha mencari mangsa hilang sedang giat dijalankan," katanya menurut laporan Jakarta Post.

Setakat ini, banjir di beberapa kawasan di negara itu meragut lima nyawa dan 6,000 orang dipindahkan.

4 mati, 6 cedera keganasan di Pattani, Yala


24 Januari 2014


BANGKOK - THAILAND. Empat orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian keganasan di Pattani dan Yala hari ini.

Di Pattani, tiga maut dan dua cedera dalam dua kejadian, menurut polis.

Dalam kejadian pertama pada 7 pagi di Kampung Saiya Praya, Daerah Panarek, dua orang maut terkena tembakan manakala dua orang cedera.

Ketua Polis Daerah Panarek Pol. Col. Manit Yimsai berkata kejadian berlaku ketika dua orang renjer bersama seorang sami Buddha keluar untuk mendapatkan makanan daripada penganut-penganut Buddha.

Setibanya di tempat kejadian, enam lelaki bersenjatakan M16 dan menunggang tiga buah motosikal melepaskan tembakan ke arah kenderaan mangsa.

Seorang anggota renjer maut di tempat kejadian, sami Buddha mati di hospital manakala seorang lagi anggota renjer cedera.

Turut cedera adalah seorang awam yang kebetulan lalu di jalan itu dan terkena peluru sesat.

Dalam satu lagi kejadian pada 7.20 pagi di daerah Khok Po, seorang awam mati akibat terkena tembakan di kepala ketika sedang menunggang motosikal dari rumah ke pasar.

Di Wilayah Yala pula, seorang anggota polis maut manakala empat lagi cedera parah dalam serangan bom dan seterusnya pertempuran dengan puak pemisah dalam satu kejadian pada 11 pagi.

Ketua polis Daerah Thanto Pol. Col. Charas Shinnapon berkata pasukan polis tersebut dalam perjalanan pulang selepas memeriksa tempat kejadian letupan bom yang berlaku pada 8.47 pagi. - Bernama

Cari Suami untuk Puterinya, Pengusaha Tawarkan wang 130 juta dolar AS

Gigi Chao (kanan) dan pasangannya, Sean Eav.
HONGKONG,    Konglomerat hartanah Hongkong Cecil Chao, Khamis (23/1/2014), menjanjikan wang sebesar 130 juta dolar AS     bagi seorang lelaki yang boleh memujuk puterinya Gigi untuk menikah.

Sebenarnya, dua tahun lalu, Chao sudah menjadi perhatian setelah menjanjikan wang untuk tujuan yang sama.   Ketika itu, sebanyak 20,000 lelaki  menanggapi tawaran Chao namun tak seorang pun boleh meluluhkan hati Gigi dan mengajaknya berkahwin.

Chao yang berusia 77 tahun itu rupanya belum menyerah untuk memujuk agar puterinya yang lesbian agar memilih seorang lelaki sebagai pendampingnya.

"Saya tak ingin mencampuri kehidupan peribadi puteri saya. Saya hanya ingin dia memiliki kehidupan pernikahan yang baik, memiliki anak dan mewarisi perniagaan saya," kata Chao.

Namun, usaha Chao ini untuk membuat Gigi dan pasangan perempuannya selama sembilan tahun terakhir Sean Eav merasa tak selesa. Demikian dilaporkan harian South China Morning Post.

"Saya kira wang yang ditawarkan ayah saya tidak akan mendapatkan seorang lelaki yang menurut saya menarik," kata Gigi (33).

"Saya akan sangat senang berteman dengan seorang lelaki yang mau mendermakan wang banyak untuk lembaga amal saya "Faith in Love" yang tak mempermasalahkan status saya yang sudah beristeri," tambah Gigi.

"Dan hal terakhir yang ingin saya katakan, terima kasih ayah, saya mencintaimu," lanjut Gigi.

Gigi dikhabarkan sudah mengahwini Sean Eav di Perancis pada 2012, meski perkahwinan sesama jenis kelamin tidak diakui di Hongkong.

Gigi mengatakan apa yang dilakukan ayahnya adalah bentuk kecintaannya kepada dirinya. Namun, dia sudah berulang kali meminta ayahnya untuk berhenti menawarkan hadiah wang untuk mendapatkan calon suami bagi dirinya.KOMPAS.com
Editor: Ervan Hardoko
Sumber: AFP

25 kata laluan Internet paling teruk


California: Jika kata laluan Internet anda semudah satu, dua, tiga awas kerana kemungkinan besar orang lain juga akan dapat menjangkanya.

Pembuat aplikasi kata laluan Splashdata yang mendedahkan 25 kata laluan paling teruk 2013 mendedahkan ‘123456’ paling mudah diagak pihak tidak bertanggungjawab.


Syarikat itu menghasilkan senarai berkenaan berdasarkan fail mengandungi jutaan kata laluan yang dicuri tahun lalu dalam usaha menyedarkan orang ramai mengenai keselamatan menggunakan Internet.



Kata laluan ‘123456’ itu menggantikan perkataan ‘password’ sebagai kata laluan paling teruk, selain mengalahkan beberapa yang lain seperti ‘querty’ dan ‘abc123’.


Selain itu, senarai berkenaan mendedahkan pengguna Internet gemar menggunakan ‘iloveyou’ di tempat kesembilan diikuti ‘monkey’, ‘sunshine’ dan ‘princess.’ Kata laluan ‘adobe123’ juga termasuk dalam senarai itu berikutan serangan siber terhadap syarikat berkenaan Oktober lalu - bukti kata laluan dipilih tidak wajar menggunakan sesuatu yang merujuk kepada laman web yang diserang.


Ketua Pegawai Eksekutif Splashdata Morgan Slain berkata, kajian itu menunjukkan lebih ramai memilih kata laluan menggunakan hanya nombor yang singkat walaupun banyak laman web kini memerlukan penggunaan kata laluan lebih kukuh. “Seperti biasa, kami berharap publisiti terhadap isu ini dan risikonya terhadap pengguna akan membuatkan orang ramai mengambil langkah melindungi kepentingan mereka dengan menggunakan kata laluan lebih kukuh dan berbeza-beza bagi setiap laman web digunakan,” katanya.

Dia menasihatkan sesiapa yang menggunakan mana-mana kata laluan disenaraikan supaya segera menukarkannya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/24

Harga petrol Arab Saudi kedua paling rendah



Jeddah: Harga petrol di Arab Saudi hampir 22 kali lebih murah berbanding di Norway yang mencatat harga petrol paling mahal di dunia.

Harga petrol di Saudi juga adalah separuh berbanding dengan mana-mana negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC). Menurut Laporan Kos Hidup di Asia Barat (CLR), harga purata petrol di Saudi ialah 13 sen (RM0.43) seliter, menjadikan ia negara kedua termurah di belakang Venezuela yang memberi subsidi petrol, selain dijual pada harga tetap.


Di Bahrain dan Kuwait, harga petrol ialah 21 sen seliter, disusuli Qatar, 23 sen (RM0.77), Oman, 31 sen (RM1.03) dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada harga 46 sen (RM1.53) seliter.



CLR mendapati berdasarkan perbandingan sedunia, petrol di Saudi dijual pada harga 45 sen (RM1.43) seliter. Berbeza dengan Norway yang mencatatkan jualan tertinggi petrol pada harga AS$10.08 (RM33.57) segelen, disusuli Turki, $9.55 (RM31.81) segelen dan Belanda, $8.89 (RM29.61) segelen.


Sumber mendapati UAE menjadi negara termurah dalam kalangan negara Teluk yang menjual kereta dengan kos purata kenderaan kecil SUV RM89,450) berbanding harga purata RM129,928 di Bahrain, Kuwait dan Oman. Di Saudi harga purata kenderaan dijual RM134,882 dan RM155,614 di Qatar.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/24

Nurul Izzah fail tuntutan fasakh



MAJLIS perkahwinan Nurul Izzah Anwar dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim yang diadakan di kediaman Anwar Ibrahim di Damansara pada pada 9 Mei 2003. - AFP
KUALA LUMPUR 23 Jan. - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sah memfailkan permohonan tuntutan fasakh terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Perkara itu disahkan oleh seorang kakitangan mahkamah yang enggan dikenali dan tidak mahu mendedahkan maklumat lanjut mengenai kes tersebut.
Menurut sumber, Nurul Izzah, 34, yang juga anak sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan mengikut Seksyen 52 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 1984 itu, awal bulan ini.
Kes itu telah disebut kali pertama di hadapan Hakim Syarie, Ab. Malek Awang dua hari lalu yang menetapkan sebutan semula kes pada 18 Februari ini.
Nurul Izzah dalam reaksi pantasnya kepada isu tersebut berkata: ‘‘Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini.
‘‘Keluarga kami menjadi keutamaan dan kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan serta memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini.’’
Khabar angin mengenai Nurul Izzah memfailkan tuntutan fasakh heboh diperkatakan apabila pihak media menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan permohonan itu difailkan olehnya dua minggu lalu.
Menerusi SMS berkenaan juga, Raja Ahmad Shahrir, 35, dikatakan telah menerima notis saman itu pada 16 Januari lalu.
Pasangan berkenaan berkahwin pada 9 Mei 2003 di kediaman Anwar di Damansara dan dikurniakan dua anak berusia empat dan tujuh tahun.
Kepada soalan seorang pengikut Twitternya berhubung kesahihan khabar angin berkenaan, Nurul Izzah dalam jawapannya di laman sosial sama pada 1.58 petang, hanya membalas ‘‘Wassalam...Nope’’.
Bagaimanapun, lewat petang ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan, menurut sumber ahli keluarga terdekat pasangan itu, Nurul Izzah mungkin menarik balik permohonan itu Jumaat ini setelah dipercayai dipujuk oleh keluarga untuk berbaik semula dengan suaminya itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140124/ma_01/Nurul-Izzah-fail-tuntutan-fasakh#ixzz2rHwwzi1F
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Militan Somalia haramkan Internet


MOGADISHU, Somalia 23 Jan. - Pengumuman pengharaman penggunaan Internet oleh kumpulan militan al-Shabaab pada 9 Januari lalu, telah mengakibatkan beberapa buah bandar di negara ini tidak mempunyai akses tersebut.
Menurut pengguna, sejak semalam sehingga hari ini, enam bandar di selatan dan tengah negara ini sudah tidak memiliki akses Internet.
Kumpulan yang dikaitkan dengan al-Qaeda itu, sebelum ini turut mengharamkan penggunaan telefon bimbit, permainan bola sepak, rokok, muzik pop dan beberapa aktiviti lain yang disifatkan sebagai membawa nilai-nilai Barat. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140123/lu_12/Militan-Somalia-haramkan-Internet#ixzz2rGLwENh6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, January 23, 2014

Demokrasi kangkong

Dr Farouk: Demokrasi Malaysia tahap pincang
SHAH ALAM - Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Dr Ahmad Farouk Musa berpendapat Malaysia perlu berusaha meningkatkan kondisi demokrasi yang kini berada di tahap pincang.

Beliau merujuk kepada hasil kajian ‘The Economist’ melalui World Democracy Index yang meletakkan Malaysia di bawah kategori demokrasi pincang.

“Kalau kita lihat pada World Democracy Index, di mana setiap tahun dikeluarkan oleh The Economist. Mereka bahagikan negara dunia kepada empat bahagian. Demokrasi penuh, demokrasi separa, demokrasi pincang dan autoritarian. Di manakah Malaysia?

"Malaysia di bawah kategori demokrasi pincang. Jadi, kita mesti perbaiki. Kalau kita tak boleh pergi terus kepada demokrasi mutlak seperti negara-negara Scandinavia, Norway, Sweden dan sebagainya, setidaknya kita beralih ke separa demokrasi.

"Sekarang kita separa demokrasi pun tak ada. Apa yang kita ada ialah ‘illiberal’ demokrasi. Kita ada kan pilihan raya lima tahun sekali tapi ia ‘illiberal’. Ia bukan demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat,” katanya kepada Sinar Harian Online, baru-baru ini.

Menyentuh soal demonstrasi jalanan yang sering berlaku di negara ini, beliau menyifatkan ia perkara biasa di negara luar.

“Kenapa di luar negara demonstrasi boleh berjalan dengan aman? Ratus ribuan orang boleh turun ke jalanan. Kerana polis memberi kerjasama penuh untuk memastikan demo berjalan dengan aman.

“Tapi di Malaysia, polis menjadi instrumen untuk menimbulkan kekacauan ketika demonstrasi. Kalau tak ada provokasi, pasti boleh berjalan dengan aman. Contohnya pada Januari (Himpunan Kebangkitan Rakyat),” katanya.

Jelas beliau, demokrasi bermaksud suara rakyat harus dihormati walaupun suara itu tidak bersesuaian dengan kehendak pemimpin.

“Bila kita kata kita gunakan demokrasi, bererti suara rakyat harus dihormati. Walaupun kemungkinan keputusan majoriti yang dibuat oleh rakyat itu tidak bersesuaian dengan apa yang dikehendaki oleh pemimpin.Itu adalah intipati demokrasi.

"Demokrasi juga perlu ada ‘check and balance’ iaitu rakyat untuk semak dan seimbangkan kuasa yang ada oleh pemerintah. Bukannya dalam erti kata pemerintah mengenakan arahan atau pandangan untuk dituruti. Dia kena mendengar apa pandangan rakyat,” katanya.

Tian Chua dipenjara sebulan, denda RM1,000

SINAR HARIAN
23 Januari 2014

TIAN CHUA

TIAN CHUA 


KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Tian Chua dipenjara sebulan dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah tuduhan melanggar arahan mengikut Perintah Kawasan Larangan, dua tahun lepas.

Hakim Mahmud Abdullah membuat keputusan itu terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya  Chua Tian Chang, 51, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Berdasarkan pertuduhan, Ahli Parlimen Batu itu didakwa tidak mematuhi perintah pegawai polis iaitu DSP A Rajagopal untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-Kawasan Larangan 1975.

Kesalahan itu didakwa berlaku di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol), Jalan Semarak, di sini pada 2.30 pagi 29 April 2012.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 7 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Amirah Mohamed Yusoff memohon hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh atas kapasitinya sebagai seorang ahli Parlimen.

Peguam Eric Paulsen memohon hukuman denda diberikan terhadap anak guamnya atas alasan ia adalah kesalahan teknikal yang tidak membawa apa-apa keuntungan kepada orang ramai dan tertuduh.

Sejurus keputusan diumumkan, Eric memohon penangguhan hukuman penjara ke atas Tian Chua kerana pihaknya akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara, bagaimanapun wang jaminan terhadapnya dinaikkan dari RM500 kepada RM1,000.

Sepanjang perbicaraan kes itu, seramai sembilan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.

Anak tak sekolah, suami menghilang

 SINAR HARIAN
22 Januari 2014
Anak tak sekolah, suami menghilang
Anak tak sekolah, suami menghilang Hamimah bersama anak-anak serta anak saudaranya yang berniaga jagung manis.



MACHAP - Hidup dalam serba kekurangan menyebabkan seorang ibu tidak dapat memberi pembelajaran sempurna kepada tiga anaknya.

Hamimah Mazlan,35, yang mempunyai lima anak tinggal menumpang di rumah pemilik tanah berbangsa Cina di Kampung Setia Jaya, di sini sejak 17 tahun lalu.

Beliau berkata, punca pendapatan hariannya hanya bergantung kepada jualan jagung dan nanas yang dijual di hadapan rumahnya.

Katanya, hasil pendapatan yang diperoleh dianggarkan RM350 sebulan untuk menampung kehidupannya lima beranak.

“Disebabkan kesempitan hidup, tiga anak saya yang berusia 16, 15 dan 13 tahun tidak dapat bersekolah kerana saya tidak mampu menampung kos perbelanjaan persekolahan mereka.

“Hanya anak keempat saya yang kini di darjah satu yang bersekolah kerana anak-anak yang lain ada membantu memberi wang kepada saya. Jika tidak, mungkin anak keempat saya juga tidak bersekolah,” katanya ketika ditemui di gerai jagung miliknya, di Kampung Setia Jaya, semalam.

Tambah menyedihkan Hamimah, beban tanggungannya semakin berat apabila suaminya yang merupakan warga Indonesia telah menghilangkan diri sejak tiga bulan lalu.

Katanya, suaminya keluar rumah tanpa pesanan dan sehingga kini tidak pernah menghubunginya.

“Saya runsing dan reda dengan apa yang berlaku. Kehidupan saya dan anak-anak perlu diteruskan. Saya juga berterima kasih kepada pemilik rumah yang saya tinggal sejak dahulu lagi kerana tidak pernah meminta bayaran sewa dan hanya perlu membayar elektrik dan bil air sahaja.

“Selepas hilang tempat bergantung, saya bersama anak mengusahakan perniagaan jagung manis. Hasil jualan itulah yang saya guna untuk perbelanjaan harian kami anak beranak,” katanya.

Hamimah berharap kesusahan yang dialaminya dapat dibantu oleh pihak yang berkaitan agar dapat meringankan beban yang ditanggungnya.

Beliau juga berharap suaminya akan pulang ke rumah kerana anak-anak masih memerlukannya.

Sementara itu, Ketua Kampung Setia Jaya, Sulaiman Salleh ketika diminta mengulas masalah yang dihadapi keluarga berkenaan berkata, pihaknya telah pun membuat tindakan sewajarnya.

“Kami akan cuba mencari suaminya dan jika telah balik ke negara asal, kita akan serahkan kepada jabatan agama untuk tindakan seterusnya.

“Kita akan cuba bantu anak-anak Hamimah ke sekolah semula,” katanya.

Dalam pada itu, masalah yang dihadapi keluarga berkenaan turut mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kluang yang menyalurkan sumbangan bagi membantu keluarga berkenaan.

Michael Schumacher mungkin takkan sedar dari koma

SINAR HARIAN
23 Januari 2014
Michael Schumacher
Michael Schumacher


KEADAAN juara Formula Satu dunia tujuh kali,  Michael Schumacher dilaporkan berbahaya sekiranya ditinggalkan dalam keadaan vegetatif berterusan walaupun keluarganya masih mengharapkan wira nombor satu itu sembuh seperti sedia kala.

Lagenda F1 Jerman berusia 44 tahun itu berada dalam keadaan koma selepas kepalanya mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan ketika sedang bermain ski di pusat peranginan Pergunungan Alps, Perancis, pada Disember lalu.

Menurut laporan Mirror, walaupun keadaan Schumacher stabil, doktor bimbang sekiranya kerosakan otak Schumacher akan menyebabkan beliau mengalami sindrom Apalik.

Laporan itu menyebut, walaupun jika doktor berjaya menyedarkan Schumacher daripada koma, beliau masih tidak dapat bercakap, bergerak atau makan sendiri.

Koma yang dialami Schumacher memerlukan masa untuk sembuh.

Walaupun keluarga dan rakan-rakan Schumacher memberikan sokongan moral, mereka tidak dapat menyembunyikan kebimbangan mereka bahawa keberangkalian Schumacher untuk sembuh adalah tipis, laporan itu menambah.

Bawa ayah lumpuh masuk universiti

Beijing: Seorang pelajar China Guo Shijun merayu pihak berkuasa universiti agar membenarkan bapanya yang lumpuh tinggal di bilik asramanya sepanjang penggal pengajian.
Guo yang tidak mahu menangguhkan pengajiannya kerana terpaksa menjaga bapanya yang lumpuh dan ibu yang sakit terpaksa membuat permohonan pengecualian itu. Disebabkan dia berjaya mendapat tempat di universiti terbaik dan pihak pentadbiran institusi pengajian tinggi itu kagum dengan dedikasinya menghadapi kesukaran dalam hidup, mereka membenarkan dia membawa bapanya ke asrama universiti bagi meringankan beban ditanggungnya. Guo, 20, yang berasal dari keluarga miskin menjalani zaman kanak-kanak dengan penuh kesukaran. Ibunya menghidap sakit mental selepas diserang meningitis ketika Guo masih kecil. Dia dan bapanya terpaksa bergilir-gilir menjaga ibunya. Walaupun dibebani tanggungjawab besar ketika kecil. Guo tetap berupaya memperoleh gred tertinggi di sekolah.

Nasib yang menimpa Guo bertambah buruk apabila bapanya yang bekerja sebagai buruh binaan terbabit dengan nahas ketika bekerja. Bapanya terjatuh 15 meter dari sktruktur jambatan yang dibina di Liuan, wilayah Anhui menyebabkan lelaki itu lumpuh dari paras pinggang ke bawah. Sejak kejadian itu, datuk dan nenek Guo mengambil alih tugas menjaga ibunya, tetapi tidak mampu untuk turut menjaga bapanya.
Kerana itu, Guo terpaksa menyewa sebuah bilik kecil berhampiran asrama universitinya dan membawa bapanya tinggal bersama-samanya bagi memudahkan dia menjaga bapanya. Untuk membiayai pengajiannya di universiti, Guo meminjam wang daripada rakan dan saudara-maranya. - Agensi
Foto
GUO turut memasak untuk bapanya di asrama universiti. Gambar kanan, GUO terpaksa menjaga ibunya sejak masih kecil dan kini perlu menjaga bapanya yang lumpuh.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23

Telan ‘belon’ tangani masalah kegemukan


London: Pesakit mengalami obesiti yang terdesak untuk mengurangkan berat badan kini boleh menelan belon di dalam pil menerusi kaedah perubatan terbaru bagi menangani masalah kegemukan.

Tidak seperti rawatan belon gastrik, Obalon tidak memerlukan pembedahan invasif. Sebaliknya, prosedur 10 minit itu hanya memerlukan pesakit menelan kapsul bersaiz sebesar pil vitamin yang mengandungi belon kempis.


Kapsul itu dilekat kepada kateter mikro dan sebaik saja kapsul itu hadam di dalam perut, belon itu akan mengembang menjadi sebesar saiz sebiji epal. Kapsul itu akan larut dan katerer akan dikeluarkan dari mulut.



Belon itu akan berada di bahagian atas perut, menyebabkan pesakit rasa kenyang dengan harapan pesakit akan mengurangkan makan dan seterusnya berat badan akan berkurangan. Pesakit akan menerima belon kedua 30 hari selepas prosedur pertama dengan pilihan belon ketiga selepas kira-kira 60 hari, berdasarkan penurunan berat badan mereka dan kekenyangan yang dialami.


Pada akhir rawatan yang dijangka mengambil masa beberapa bulan, belon itu akan mengecut dan dibuang melalui rawatan endoskopi. Obalon berharga £2,995 (RM16,469) untuk dua rawatan belon. Ia boleh didapati di beberapa hospital dan klinik di sekitar London.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23

Tak hirau perintah darurat

Bangkok: Pembangkang berikrar tidak mengendahkan perintah darurat dikenakan di seluruh Bangkok mulai semalam, sebaliknya akan terus berjuang menjatuhkan kerajaan.
Jurucakap penunjuk perasaan Akanat Promphan berkata, mereka tidak menghiraukan perintah darurat dan akan terus memprotes seperti biasa. “Apa yang berlaku menunjukkan kerajaan semakin terdesak kerana momentum memihak kepada kami,” katanya.

Perdana Menteri Yingluck Shinawatra kini terus berdepan tekanan untuk berundur selepas lebih dua bulan protes jalanan berlangsung.
Selain menuntut Yingluck meletak jawatan, pembangkang turut mendesak “majlis rakyat” ditubuhkan bagi melakukan reformasi sebelum pilihan raya dijalankan. Melalui perintah darurat yang dikuatkuasakan semalam, kerajaan mempunyai masa 60 hari untuk mengenakan perintah berkurung, mengharamkan perhimpunan lebih lima orang, menahan suspek tanpa perlu dibawa ke mahkamah selama 50 hari dan menapis kandungan media di Bangkok dan sekitarnya. Sehingga petang semalam belum ada satu pun langkah itu diambil kerajaan dan memaklumkan urusan keselamatan dikendali polis.

Keadaan itu berbeza ketika Baju Merah berkumpul pada 2010 apabila kerajaan ketika itu - diketuai Abhisit Vejjajiva mengarahkan tentera menyuraikan pembangkang.

Yingluck juga menggesa pilihan raya dijadual 2 Februari ini diteruskan tetapi pembangkang utama mengumumkan untuk memboikotnya. - AFP
Foto
PENYOKONG pembangkang menanggalkan aksara pada papan tanda Polis Diraja Thai di Bangkok.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/2

Terkejut baca ucapan takziah untuk kematiannya


Stockholm: Seorang lelaki warga emas berusia 81 tahun terkejut apabila akhbar yang dibacanya melaporkan yang dia sudah meninggal dunia.

Sven-Olof Svensson sedang membaca akhbar tempatan Jonkopings-Posten sebelum terlihat paparan ucapan takziah untuk dirinya sendiri.


Ucapan takziah itu diserahkan kepada akhbar terbabit oleh kakaknya yang berusia 90 tahun selepas Svensson dimasukkan ke hospital pada malam Krismas kerana tidak sihat.



Kakaknya menghubungi doktor yang merawat Svensson tetapi salah faham mengenai penyakit yang di jelaskan oleh doktor itu. Dia menyangka Svensson sudah meninggal dunia dan mula menulis ucapan takziah kepada adiknya bersama kawan baik Svensson, Lars Faltskog.


Bagaimanapun, Faltskog yang ingin mengambil barangan peribadi milik sahabatnya itu pada 3 Januari lalu terkejut apabila mendapati Svensson masih hidup. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23

Mangsa Fitnah Dan Kezaliman: Kontraktor dakwa cedera dipukul polis dalam tahanan

Apabila seorang kontraktor dari Kedah datang atas kehendaknya sendiri ke Balai Polis Kubang Pasu untuk membantu siasatan satu kes rogol Disember tahun lepas, dia sedikit pun tidak menjangka akan melalui satu tragedi buruk yang akan menghantuinya seumur hidup.

Zul Hilmi Abdul Rahman, 32, ditahan reman pada hari berikutnya, 12 Disember, dan ditempatkan di dalam lokap, di mana dia mendakwa dipukul dengan kejam oleh tiga anggota polis - dua lelaki dan seorang wanita - selama dua jam dan membiarkannya dalam kesakitan, tanpa rawatan perubatan.

Zul Hilmi hadir di balai polis tersebut pada 11 Disember, selepas diberitahu bahawa polis mahu menemuinya bagi membantu siasatan satu kes rogol tetapi dia sebaliknya ditahan dan disenaraikan suspek.

Dia kemudian mendapat tahu bahawa wanita yang tidak dikenali, telah membuat laporan polis yang mendakwa bahawa sebuah kereta dengan nombor plat keretanya terlibat dalam jenayah itu.

Zul Hilmi berkata dia mahu keadilan kerana mendakwa telah dipukul oleh polis yang didakwanya mahu memaksanya mengaku melakukan jenayah yang tidak dilakukannya.

Dia mendakwa dipukul di bawah kaki dengan batang paip PVC yang tebal dan sebanyak dua kali - 18 dan 16 kali - selama dua jam, pada hari pertama dia ditahan di lokap.

Menurutnya, tangannya diikat dan mereka menumbuk dan menendangnya, menyebabkan kecederaan kepada kaki, bahu kiri, skrotum (bahagian sulit) dan usus besar.

"Saya tidak dapat bernafas," katanya Zul Hilmi yang terbaring di katil dalam kesakitan, dengan isterinya, Nur  Othman di sebelahnya semasa ditemui di rumahnya di Alor Setar malam tadi.

Zul Hilmi berkata akibat kejadian itu pada 12 Disember tahun lepas, dia dan tidak lagi dapat bekerja untuk menyara keluarganya, termasuk ibu bapanya.


Sebelum ini dia memperoleh pendapatan antara RM5,000 hingga RM6,000 sebulan sebagai kontraktor tetapi kini perlu bergantung sepenuhnya pada isterinya, yang bekerja dalam perkhidmatan awam.

Berkahwin dua tahun lalu, pasangan itu belum dikurniakan anak dan diberitahu oleh doktor mereka mungkin menghadapi kesukaran mempunyai anak.

Nur Adzleen, 29, telah membuat dua laporan polis mengenai kejadian itu - pada 12 dan 27 Disember - di Balai Polis Jitra, tetapi menurutnya, belum ada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa untuk menyiasatnya.

Pada 12 Disember, apabila dibenarkan untuk melihat suaminya, dia terkejut mendapati Zul Hilmi sangat lemah, sesak nafas, dengan kakinyabengkak dan lebam di bahunya.

Zul Hilmi hanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Bahiyah pada 23 Disember, selepas dia dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau menjalani dua pembedahan kerana jangkitan pada buah zakar dan duburnya. Usus besarnya juga turut cedera dan dia memakai beg kolostomi.

Ahli Parlimen PKR Alor Setar, Gooi Hsiao Leung (kanan dalam foto),
yang juga seorang peguam, berkata Zul Hilmi merancang untuk menyaman pihak polis kerana kecederaan yang dialaminya dan kehilangan pendapatan, kerana dia mungkin tidak berupaya seumur hidup.

Ketika ditemui di rumah mangsa, Gooi mendakwa ia merupakan kes paling buruk pernah dilihatnya dan menurutnya, sehingga hari ini, pihak polis tidak datang untuk mengambil kenyataan Zul Hilmi atau isterinya.

Beliau menggesa polis melancarkan siasatan bebas terhadap kes itu serta-merta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Penolong Pesuruhjaya Mohd Nashir Ya dilaporkan berkata Zul Hilmi pada mulanya ditahan reman bagi membantu siasatan satu kes rogol dan peras ugut kes yang melibatkan seorang pelajar berusia 16 tahun .

Mohd Nashir berkata Zul Hilmi telah dihantar ke Hospital Jitra sebanyak tiga kali - pada 12, 18 dan 22 Disember - untuk pemeriksaan dan akhirnya dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan dan pembedahan, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada 23 Disember.

Mohd Nashir dipetik dalam laporan Sinar Harian pada 31 Disember bahawa kertas siasatan telah dibuka berhubung dakwaan keganasan polis semasa dalam tahanan, dan ia dalam siasatan.
sumber