Monday, June 28, 2010

11 terbunuh tonton Piala Dunia



2010/06/28

DAKAR: Seramai 11 orang terbunuh di utara Senegal selepas bangunan tempat mereka menonton perlawanan Piala Dunia Afrika Selatan, roboh, lapor agensi berita APS, semalam. 

Tragedi itu berlaku selepas perlawanan di antara Uruguay dan Korea Selatan tamat, Sabtu lalu, di bandar Matam, kira-kira 670 kilometer ke utara ibu negara, Dakar.
Agensi berita APS memetik pegawai khidmat kecemasan sebagai berkata, dua lagi cedera selepas bangunan berkenaan runtuh.Senegal tidak layak bertanding di Piala Dunia tetapi ramai peminat bola sepak tempatan mengikuti rapat perkembangan kejohanan berkenaan. 

Ramai daripada mereka tidak memiliki peti televisyen dan berkumpul beramai-ramai untuk menonton di satu tempat. 

Di Johannesburg, empat peminat bola sepak Australia menjadi mangsa rompakan selepas menyaksikan perlawanan terakhir pasukan kebangsaan mereka yang mengalahkan Serbia 2-1. 

Jurucakap polis, Leonard Hlathi, berkata mereka mendapati keadaan berselerak di rumah tumpangan yang menjadi tempat penginapan di luar bandar Nelspruit, malam Khamis lalu. 
Tidak dapat dipastikan berapa banyak wang tunai diambil tetapi kamera juga dicuri. – Agensi 

No comments:

Post a Comment