Thursday, September 23, 2010

Siasatan kapal Gaza: Ada 'bukti jelas' untuk dakwa Israel




2010/09/23

GENEVA: Panel siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap kejadian serangan komando Israel ke atas kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, Mei lalu mendapati wujud 'bukti jelas' untuk mengheret Israel ke muka pengadilan. 

“Ada bukti jelas untuk menyokong pihak pendakwaan terhadap kesalahan jenayah mengikut Artikel 147 Konvensyen Geneva Keempat iaitu pembunuhan disenajakan, penganiayaan dan menyebabkan kecederaan," kata panel penyiasat yang ditubuhkan Majlis Hak Asasi Manusia PBB itu.Konvensyen Geneva Keempat adalah satu perjanjian antarabangsa yang melindungi orang awam ketika peperangan. - AFP

No comments:

Post a Comment