Wednesday, August 31, 2011

2 beradik tiri curi kambing dari zoo

MANKATO: Semuanya berjalan lancar untuk dua kanak-kanak yang hanya memakai baju tidur ketika membawa seekor kambing yang diambil dari Zoo Minnesota, bersiar-siar di waktu malam.
Tapi nasib bertukar malang apabila mereka memberitahu seorang pegawai polis yang menahan mereka pada jam 11.30 malam kelmarin, yang kambing itu tinggal dalam almari baju mereka.
Adik beradik tiri yang berusia enam dan tujuh tahun itu berkata, mereka selalu membawa kambing itu keluar berjalan di waktu malam kerana ibu mereka membeli kambing itu dua minggu lalu tanpa pengetahuan ayah mereka.

Pegawai polis yang tidak percaya dengan cerita mereka, membawa dua beradik itu pulang.


Ibu mereka memberitahu yang mereka telah menghadiri sebuah jamuan hari jadi di Zoo Sibley Park.

No comments:

Post a Comment