Wednesday, August 31, 2011

Lelaki mengaku peras ugut isteri Rooney

LONDON – Seorang lelaki berusia 28 tahun, Lee Platt mengaku bersalah memeras ugut isteri bintang bola sepak kelab Manchester United, Wayne Rooney di sebuah mahkamah di Manchester semalam.
Sebelum ini, isteri Rooney, Coleen membuat aduan bahawa sebuah telefon bimbitnya hilang semasa dia menghadiri satu konsert di Manchester pada Mei lalu.
Platt juga mengaku di mahkamah bahawa dia turut menyimpan barang curi.
Coleen sebelum ini menyatakan dia pernah dihubungi oleh seorang lelaki yang meminta wang jika mahu telefon tersebut dikembalikan.
Telefon bimbit itu dipercayai mempunyai gambar seorang anak lelakinya hasil perkongsian hidup dengan Rooney.
Hukuman ke atas Platt akan diputuskan oleh hakim mahkamah kemudian.
– Reuters, kosmo

No comments:

Post a Comment