Wednesday, August 31, 2011

Bapa saudara Obama ditangkap

BOSTON, Massachusetts – Bapa saudara Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama telah ditangkap berdekatan Boston kerana didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol, kata polis kelmarin.
Bapa saudara Obama itu, Onyango ditangkap di Framingham pada 24 Ogos lalu dan telah didakwa di Mahkamah Daerah Framingham.
Menurut seorang pegawai polis, Blaise Tersoni, mata Onyango kemerah-merahan dan dia tidak dapat bertutur dengan jelas manakala badannya mempunyai bau alkohol yang kuat. – AFP, kosmo

No comments:

Post a Comment