Wednesday, August 31, 2011

Indonesia, Brunei isytihar sambut raya hari ini

JAKARTA 30 Ogos - Kerajaan Indonesia mengisytiharkan bulan tidak berada di kedudukan tepat untuk mengakhiri bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri ditangguhkan sehari kepada esok.
Kerajaan Brunei turut mengisytiharkan 1 Syawal bermula esok.
Di Indonesia menimbulkan kekeliruan pada umat Islam di republik itu yang menjangka Aidilfitri disambut hari ini.
Seorang suri rumah, Nur Arifah tidak menjangkakan pengisytiharan kerajaan tersebut yang diumumkan lewat Isnin dan telah bangun awal untuk memasak daging bagi keluarganya di Jakarta.
"Anak saudara saya semua sudah berkumpul di rumah bapa saya untuk menyambut Aidilfitri dengan pakaian baru tetapi ia salah hari.
''Pasar sudah pun tutup, jadi saya tidak dapat menyediakan masakan baru. Kami mungkin kena makan mi segera pada Aidilfitri esok,'' ujarnya.
Ahli falak dan badan-badan agama menasihatkan kerajaan Indonesia bahawa bulan terlalu rendah untuk diisytiharkan Aidilfitri.
Bagaimanapun, ahli Muhammadiyah, kumpulan agama kedua terbesar di Indonesia, menyambut Aidilfitri hari ini, memandangkan ahli falak menyatakan ia disambut hari ini. Negara-negara lain seperti Arab Saudi, merayakan Aidilfitri hari ini.
"Keadaan agak kelam-kabut. Orang ramai terpaksa menukar jadual yang mereka telah tetapkan banyak hari sebelum ini,'' kata Icha Susanto, pengurus akaun di sebuah firma swasta di republik itu.
"Kami kecewa kerana adalah sukar bagi anggota keluarga untuk berkumpul di satu tempa disebabkan pertukaran Hari Lebaran,'' ujarnya.
Susanto, 31, berkata, dia juga kasihan kepada keluarga dan penjaja makanan yang terpaksa membuang makanan yang telah mereka sediakan untuk hari pertama daripada tiga hari sambutan Aidilfitri. - REUTERS/ AFP, utusan

No comments:

Post a Comment