Wednesday, August 31, 2011

Sembilan maut, 106 cedera dalam pergaduhan agama di Nigeria

JOS, Nigeria 30 Ogos - Seramai sembilan orang dilaporkan terbunuh dan 106 orang lagi cedera dalam pertempuran antara penganut Kristian dan Islam di Nigeria semalam.
Saksi dan pemimpin masyarakat memberikan jumlah kematian berbeza.
Ketua pasukan penyelamat, Shitu Mohammed berkata, pihaknya menemui sembilan mayat ekoran kejadian itu.
''Kebanyakan daripada 106 yang cedera daripada tetakan parang, anak panah dan bahan letupan. Seramai 20 ibu bapa melaporkan anak-anak mereka hilang,'' katanya.
Saksi berkata, pertempuran bermula apabila sekumpulan penganut Islam pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri di Jos, Plateu apabila mereka dikepung oleh penduduk Kristian di satu kawasan perumahan.
Kata saksi, penduduk Kristian terlibat menghalang penganut Islam kerana mahu membalas dendam di atas beberapa serangan bom di Jos semasa sambutan Krismas tahun lepas. - AFP, utusan

No comments:

Post a Comment