Wednesday, September 19, 2012

Beijing, Tokyo enggan beralah



Sebahagian daripada 1,000 kapal nelayan China menuju ke kepulauan Diaoyu. - Foto REUTERS
Sebahagian daripada 1,000 kapal nelayan China menuju ke kepulauan Diaoyu. - Foto REUTERS
 

Sebahagian daripada 1,000 kapal nelayan China menuju ke kepulauan Diaoyu. - Foto REUTERS
Sebelas kapal pemantau China memasuki perairan dekat kepulauan Senkaku yang ditadbir Jepun semalam, beberapa jam selepas dua aktivis negara Matahari Terbit itu berenang ke sebuah pulau rebutan berkenaan.

Semua kapal itu bergerak di perairan antarabangsa ketika bantahan anti-Jepun menggegarkan bandar raya China memaksa firma milik Jepun menutup operasi.

Menjelang jam 4.30 petang waktu tempatan, 10 kapal pemantau maritim China dikesan di perairan Uotsurijima. Sebuah bot peronda nelayan memasuki semula kawasan perairan Kubajima pada jam 12.16 tengah hari tetapi kami tidak diberitahu lokasinya selepas itu, kata jurucakap pengawal pantai, merujuk kepada pulau terbesar di Senkaku, diberi nama Diaoyu oleh China.
1,000 bot nelayan China ke kepulauan Diaoyu

Terdahulu, jurucakap kerajaan Jepun berkata, dua aktivis negara itu berenang ke Uotsurijima.

Dua rakyat Jepun tiba di Uotsurijima pada jam 9.30 pagi waktu tempatan. Pengawal pantai berkata mereka sudah pun meninggalkan kawasan itu, kata Ketua Setiausaha Kabinet, Osamu Fujimura, kepada wartawan.

Media rasmi China juga melaporkan, 1,000 bot nelayan China juga menuju ke kepulauan Diaoyu manakala 60 bot nelayan Taiwan juga dilaporkan mahu ke kawasan sama.
Sementara itu, bantahan anti-Jepun merebak ke seluruh China semalam, memaksa firma Jepun di negara itu menggantung operasi, ketika krisis berhubung pertikaian wilayah memuncak pada hari China memperingati pencerobohan Jepun pada 1931.

China sifatkan provokasi

Hubungan antara kedua-dua kuasa ekonomi Asia itu semakin teruk, dengan ketegangan dirasakan di jalan raya dan juga di perairan yang menjadi rebutan.

China berang dengan berita dua rakyat Jepun berenang ke pulau berkenaan, yang berisiko menjadikan krisis bertambah buruk yang sudah pun disifatkan sebagai sentimen anti-Jepun terburuk di China dalam masa beberapa dekad.

Beijing menyifatkan ketibaan mereka sebagai satu provokasi, memfailkan aduan dengan Tokyo dan berkata ia berhak mengambil tindakan selanjutnya.

Pendaratan tidak sah rakyat Jepun di wilayah China terletak di kepulauan Diaoyu adalah satu provokasi yang mencabul kedaulatan wilayah China, kata jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei, dalam kenyataan.

Perebutan pulau tidak berpenghuni di Laut China Timur membawa kepada satu lagi bantahan anti-Jepun yang dibimbangi ekspatriat Jepun akan terus memuncak.
AFP/Reuters

No comments:

Post a Comment