Wednesday, September 19, 2012

Mesir mahu penerbit filem anti-Islam didakwa

KAHERAH: Pendakwa raya Mesir semalam mengarahkan tujuh penganut Kristian Koptik yang berpangkalan di Amerika Syarikat didakwa di mahkamah atas peranan mereka menerbitkan filem anti-Islam yang menyebabkan keganasan di seluruh dunia, semalam.

Mereka, Adel Riad, Morris Sadek, Nabil Bissada, Esmat Zaklamata, Elia Bassily, Ihab Yaacoub dan Jack Atallah, dituduh “menghina agama Islam, menghina Rasulullah dan menghasut persengketaan mazhab.”
Pendakwa raya berkata, mereka terlibat sama ada dalam penerbitan atau pengedaran filem Innocence of Muslims.

Tarikh perbicaraan belum ditetapkan. - AFP

No comments:

Post a Comment