Wednesday, September 19, 2012

Tujuan kita berhujjah untuk apa?



Tujuan kita berhujjah untuk apa? Bukankah kita mahu meyakinkan rakyat? Saya menulis dan berhujjah bukan untuk memenangi pertandingan debat. Tujuan saya ialah mempengaruhi pengundi. Oleh yang demikian, membantai saya dengan nama itu dan ini, tidak menjadi hal asalkan rakyat dapat faham mesej yang hendak sampaikan. Kepada orang Melayu, tujuan saya ialah menyedarkan mereka bahawa UMNO bukan lagi jurubicara mereka yang mutlak.

Jawapan apa yang mampu diberikan kepada penghujjahan saya? Jawapan yang appeal kepada emosi. Seperti begini: Orang Melayu setia dan tidak menderhaka. Orang Pahang mesti sokong 100% Dato Najib kerana dia anak Pahang. Apalah yang hendak kita taksub sangat kepada kebangsawanan dan fiudalisme?

Saya suka sebut disini, ketika nenek moyang saya bertombak dan berlembing dan melawan penjajah, nenek moyang Dato Najib duduk berseloka dan bergundek. Sumbangan pejuang bangsa Melayu seperti Khatib Rasu(aka Tok Gajah) tidak pernah diperakui secara formal. Malah saudara mara Tok Gajah dianggap sebagai penderhaka. ~ Sakmongkol ak47

No comments:

Post a Comment