Thursday, October 18, 2012

FATWA TAQRIB (mendekatkan) ANTARA SYIAH & SUNNAH



Taqrib antara Rafidhah dan Ahli Sunnah TIDAK MUNGKIN BOLEH BERLAKU, kerana AKIDAH YANG BERBEZA. Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah MENTAUHIDKAN ALLAH dan MENGIKHLASKAN IBADAH HANYA KERANA ALLAH SWT, dan bahawasanya Ahli Sunnah tidak mendakwa seseorang (mempunyai hak 'Ubudiyyah) bersamaNya, tidak malaikat muqarrab, tidak juga Nabi yang diutuskan, dan bah
awasanya Allah SWT yang mengetahui perkara ghaib, dan merupakan Akidah Ahli Sunnah kecintaan terhadap Sahabat Nabi ra.

Kesemuanya meredhai mereka dan beriman bahawasanya mereka ialah makhluk Allah yang paling utama selepas para Nabi dan bahawasanya yang paling utama di antara mereka ialah Abu Bakar as-Siddiq, kemudian 'Umar, kemudian Uthman, kemudian 'Ali, redha Allah ke atas mereka semua, sedangkan RAFIDHAH MENYELISIHI HAL TERSEBUT, maka TIDAK MUNGKIN UNTUK MENYATUKAN ANTARA KEDUANYA (SUNNAH DAN SYIAH RAFIDHAH), sebagaimana tidak mungkin berlaku penyatuan antara Yahudi, Nasrani, penyembah berhala dan Ahli Sunnah, maka begitulah juga tidak mungkin taqib (penyatuan) antara Rafidhah dan Ahli Sunnah disebabkan perbezaan Akidah yang telah kami jelaskannya.
 — 

No comments:

Post a Comment