Wednesday, October 10, 2012

Pejuang Palestin bedil Israel

myMetro | Pejuang Palestin bedil Israel: "GAZA: Sayap bersenjata Hamas dan Jihad Islam semalam mendakwa menembak sejumlah roket ke Israel sehari selepas rejim Zionis itu menyerang wilayah Palestin dan mencederakan 100 orang.

Menurut kenyataan Briged Ezzedine al-Qassam, serangan roket itu dilancarkan bersama Briged al-Quds.


“Operasi ini adalah reaksi kami bagi jenayah berterusan musuh terhadap rakyat yang tidak berdosa,” katanya. Jurucakap polis Israel berkata, lebih 20 roket dilancarkan ke negara itu awal pagi semalam tetapi hanya menyebabkan kerosakan sangat kecil. “Sebanyak 19 roket lagi ditemui di kawasan terbuka di Ofakim. Hanya sebuah rumah rosak akibat serpihan roket berkenaan,” katanya. Tiga lagi roket ditemui di kawasan Kerem Shalom tetapi ia tidak menyebabkan sebarang kerosakan atau kecederaan.

Kelmarin, Tentera Udara Israel menyasarkan kumpulan militan Salafi di Rafah yang dituduh terbabit merancang serangan ke atas Israel. - AFP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment