Wednesday, October 10, 2012

Pemimpin NTUC buat komen berbau perkauman di Facebook dipecat

myMetro | Pemimpin NTUC buat komen berbau perkauman di Facebook dipecat:

SINGAPURA: Pergerakan buruh Singapura yang mempunyai kaitan dengan kerajaan, memecat seorang eksekutif kanan selepas dia memuat naik komen kesat dan berbau perkauman di laman Facebook yang menyebabkan orang ramai berang.
Amy Cheong, Pembantu Pengarah berbangsa Cina di Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), dipecat sehari selepas memuat naik komen mengenai bangsa Melayu, di laman sosial itu. 
Setiausaha Agung NTUC, Lim Swee Way, yang turut memegang jawatan menteri di Pejabat Perdana Menteri Lee Hsien Loong, mengumumkan pemecatan itu di laman Facebook rasmi NTUC yang penuh dengan aduan mengenai Cheong.

“Kami tidak akan terima dan kami mengamalkan toleransi sifar atas pengunaan kata-kata atau perbuatan oleh staf kami yang dianggap sebagai berbau perkauman dan kami minta maaf atas kejadian ini,” kata Lim.

Laman Facebook Cheong tidak dapat diakses semalam, selepas komennya itu menyebabkan kemarahan komuniti Internet di sini, tapi permintaan maaf beliau di laman blog mikro, Twitter masih boleh dibaca selepas pemecatannya.

“Saya benar-benar minta maaf kerana membuat komen bodoh itu. Saya tak bermaksudkannya dan minta maaf,” katanya.

Amy membuat komen mengenai majlis perkahwinan orang Melayu yang panjang dan mengkritik kadar perceraian tinggi di kalangan komuniti itu. - Straits Times

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment