Sunday, November 4, 2012

Jemaah tanpa permit sesakkan Masjid Nabawi




         
MADINAH: Jemaah haji tanpa permit yang menggunakan kawasan sekitar Masjid Nabawi untuk berehat dan tidur mencetuskan masalah besar kepada pihak berkuasa dan jemaah lain.

Pengarah Kementerian Haji Arab Saudi cawangan Madinah, Muhammad Al- Baijawi berkata, kehadiran jemaah tanpa permit itu menyebabkan kawasan sekitar masjid sesak.


“Kehadiran mereka di luar kawalan kami dan mengganggu perkhidmatan kepada jemaah asing. “Mereka menguasai kawasan perkarangan Masjid Nabawi,” katanya.

Madinah kini menjadi tumpuan jemaah haji selepas ibadah itu berakhir di Makkah.


Pihak berkuasa Arab Saudi sebelum ini berkata, kira-kira 1.4 juta jemaah tempatan tanpa permit menunaikan rukun Islam kelima tahun ini. - AN

No comments:

Post a Comment