Sunday, November 4, 2012

Tiga maut serangan dua pengebom berani mati



MOGADISHU 4 Nov. - Dua pengebom berani mati meletupkan diri di sebuah restoran di ibu negara Somalia di sini semalam, menyebabkan tiga orang terbunuh.
Seorang saksi, Farah Hussein berkata, mangsa yang terbunuh merupakan dua pengebom terbabit dan seorang pengawal restoran berkenaan.
“Dua pengebom berani mati melepaskan tembakan ke arah pengawal keselamatan di pagar restoran sebelum mereka meletupkan diri selepas dihalang daripada masuk ke premis tersebut," katanya. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121104/lu_07/Tiga-maut-serangan-dua-pengebom-berani-mati#ixzz2BDx3UVkv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment