Sunday, November 4, 2012

Tulang-belakang Bashar al Assad.....



Beberapa anak muda gangster ini dikenali sebagai Shabiha ( Bahasa Arab: الشبيحة ash-Shabīḥah) yang bermaksud 'hantu'.

Jumlah mereka yang mencecah angka ribuan adalah merupakan tonggak yang mempertahankan rejim diktator Syria, Presiden Bashar al Assad.

Merekalah yang membunuh dan menyiksa para tahanan di kalangan rakyat Syria mengikut sesuka hati mereka. Di kalangan tahanan remaja, ada yang telah disiksa dengan mencabut kuku-kuku mereka dan dipaksa supaya melafazkan kata-kata bahawa 'Tiada Tuhan melainkan Bashar',

Mereka bebas masuk ke rumah-rumah rakyat Syria dengan mengelidah sesuka hati bagi mendapatkan apa yang mereka ingini termasuk memperkosa gadis-gadis dan wanita-wanita Muslimah.

Mereka terlalu sombong dan bongkak dengan tindakan zalim mereka, semoga Allah membalasi mereka dengan balasan yang setimpal bersama hancurnya rejim diktator yang tidak berperikemanusiaan ini.

Juga baca :

http://en.wikipedia.org/wiki/Shabiha

No comments:

Post a Comment