Saturday, January 19, 2013

2 wartawan maut di Syria



19 Januari 2013
DAMSYIK - Dua wartawan yang membuat liputan di Syria dilaporkan maut di kawasan mereka membuat liputan sejak Mac 2011.

Istana Presiden Perancis mengesahkan wartawan perang, Yves Debay, yang pernah menjadi pejuang upahan di Afrika, terbunuh di bandar Aleppo.

Dia bekerja untuk Assaut, Perancis yang berpangkalan di Paris.

Al-Jazeera pula mengesahkan seorang wartawan bebas di Syria, Mohamed Al- Massalma terbunuh selepas ditembak secara curi.

Wartawan berusia 33 tahun itu menggunakan nama samaran Al-Hoorani, ditembak di bandar Busra Al-Harir.

No comments:

Post a Comment