Saturday, January 19, 2013

Tentera Nigeria bunuh dua militan Islam



KANO, Nigeria 18 Jan. - Tentera Nigeria membunuh dua anggota militan dan menahan lima yang lain selepas menyerang pusat pemeriksaan kumpulan itu di utara bandar Kano, semalam.
Bandar Kano menjadi tumpuan kejadian tembakan pada minggu ini yang dicetuskan kumpulan militan Boko Haram, yang mempunyai ciri-ciri seperti kumpulan Taliban di Afghanistan.
Kumpulan itu telah membunuh beratus-ratus penduduk pada tahun lalu dalam kempennya untuk melaksanakan undang-undang Islam di Nigeria.
Kumpulan militan Islam itu telah menjalin hubungan dengan kumpulan militan jihad antarabangsa di Mali dan Niger, termasuk dengan militan al-Qaeda di utara Afrika, yang kini menjadi sasaran serangan tentera Perancis untuk menghalau mereka dari utara Mali.
Nigeria, semalam mengerahkan kira-kira 900 askar untuk menyertai kempen yang diketuai Perancis itu, sebahagian campur tangan pasukan bersenjata Afrika Barat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130119/lu_06/Tentera-Nigeria-bunuh-dua-militan-Islam#ixzz2ION1ph2a
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment