Saturday, January 19, 2013

Anak Gaddafi dibicarakan



TRIPOLI - Saif al-Islam, anak kepada bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dihadapkan ke mahkamah untuk pertama kali, kelmarin atas tuduhan menghina bendera kebangsaan baru dan mencela tahap keselamatan di negara itu.

Media tempatan melaporkan perbicaraan tersebut diadakan di Zintan, barat Libya, di mana beliau ditahan kumpulan pemberontak pada November 2011.

Jurucakap Ketua Pendakwa Raya, Taha Baara berkata, Saif dilihat hanya berserah dan menegaskan hanya ALLAH SWT akan membelanya.

Sebelum ini, Saif turut menghadapi tuduhan melakukan jenayah kemanusiaan kerana didakwa terlibat melancarkan tindakan keganasan ke atas orang awam semasa kebangkitan menentang pemerintahan bapanya kira-kira dua tahun lalu. - AP

No comments:

Post a Comment