Saturday, January 19, 2013

Penempatan Yahudi tak diroboh



BAITULMAQDIS 18 Jan. - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, hari ini berikrar tidak akan merobohkan mana-mana penempatan haram Yahudi di Tebing Barat, jika beliau memenangi pilihan raya umum Israel, yang akan diadakan pada minggu depan.
Ketika ditemu bual oleh akhbar Maariv, Netanyahu ditanya, sama ada beliau boleh berjanji bahawa tindakan merobohkan penempatan haram itu tidak akan berlaku dalam tempoh empat tahun akan datang, Netanyahu menjawab; 'Ya.'
''Kita tidak pernah menyaksikan jentolak merobohkan rumah Yahudi dalam sejarah kita. Rekod kami membuktikannya.
''Kami tidak merobohkan sebarang penempatan haram, sebaliknya kami memperluaskannya lagi,'' katanya.
Netanyahu berkata, kerajaan Israel juga menubuhkan universiti pertama di kawasan penempatan haram di Ariel di Tebing Barat.
''Tiada siapa perlu mengajar saya mengenai cinta saya terhadap bumi Israel atau komitmen saya terhadap Zionisme dan penempatan haram (Yahudi) ini,'' katanya.
Janji Netanyahu itu secara tidak langsung mengugat parti berhaluan kanan, Jewish Home, yang turut mempertahankan kawasan penempatan haram Yahudi jika parti itu menang.
Berdasarkan tinjauan pendapat, parti Jewish Home yang menyokong peluasan kawasan penempatan haram Yahudi, dilihat bakal memberikan tentangan sengit kepada parti pimpinan Netanyahu pada pilihan raya tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130119/lu_04/Penempatan-Yahudi-tak-diroboh#ixzz2IOKovtZb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment