Saturday, January 19, 2013

Pemuzik Afghanistan jelajah AS

KABUL - Institut Muzik Afghanistan mengadakan siri jelajah ke Amerika Syarikat (AS) bertujuan mengutip dana bagi membangunkan projek pembangunan di negara itu.

Ketua Orkestra, Sarmast berkata, siri jelajah ini dapat mengubah persepsi masyarakat antarabangsa tentang peperangan, keganasan, pengeboman dan kemusnahan.

“Bulan depan, Ranau, 15, akan membuat persembahan paling berprestij bersama kanak-kanak jalanan lain dan anak-anak yatim yang menjadi mangsa keganasan di Afghanistan,” katanya.

Menurutnya, gabungan muzik Barat dan tempatan akan dihidupkan semula bagi memberi semangat baru kepada generasi muda di Afghanistan.

“Kami juga mengundang Presiden AS untuk menghadiri sebuah konsert di New York Carnegie Hall dan New England Conservatory di Boston,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment