Monday, April 8, 2013

Warga asing dinasihat tinggalkan Seoul



Foto
Kapal tentera laut Jepun, Chokai, melancarkan peluru berpandu pemintas di Kauai, Hawaii pada 2008. - Foto AP

Foto
Unit kereta kebal Korea Selatan menjalani latihan bersama dengan tentera Amerika di Goseong, 330 kilometer ke timur laut Seoul, semalam. - Foto REUTERS

Seoul: Korea Utara semalam menggesa orang asing di Korea Selatan menimbang keluar dari negara jirannya itu kerana ada kemungkinan perang nuklear akan meletus di Semenanjung Korea.

Amaran itu menyusuli makluman kepada kedutaan asing di Pyongyang bahawa negara itu tidak boleh menjamin keselamatan diplomat jika perang meletus.
Perkembangan di Semenanjung Korea kini menuju kepada perang nuklear, menurut kenyataan semalam oleh Jawatankuasa Keamanan Asia Pasifik Korea Utara.

Jika perang berlaku, kami tidak mahu orang asing di Korea Selatan menjadi mangsa, kata mereka.

Ia juga menggesa semua pertubuhan, syarikat dan pelancong asing mengambil langkah ke arah berpindah dari Korea Selatan.

Tempatkan peluru berpandu

Di Tokyo, Jepun menempatkan peluru berpandu di ibu negara sebagai persediaan mempertahankan penduduknya daripada sebarang serangan Korea Utara.
Pegawai berkata, pihak berkuasa mengutamakan keselamatan 30 juta penduduknya.
Dua peluru berpandu darat ke udara Patriot Advanced Capability-3, sudah diletakkan di Kementerian Pertahanan Tokyo.

Kami meneruskan persiapan itu dengan menempatkan peluru berpandu PAC-3 kerana berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Laporan tempatan menyatakan, peluru berpandu PAC-3 akan ditempatkan di dua lagi lokasi di ibu negara.
AFP

No comments:

Post a Comment