08/04/2013 1:22pm
KUALA LUMPUR - Polis menyeru orang ramai terutamanya golongan belia supaya mengambil tahu batasan mengikut peraturan serta undang-undang yang ditetapkan dalam menjalankan persiapan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan tidak bertindak semberono.
Menurut Penolong Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf, pihaknya menerima sebanyak sembilan laporan kes kesalahan berkaitan PRU-13 sejak Parlimen dibubarkan pada 3 April lalu dengan yang membabitkan kes di Selangor sahaja.
“Antara kes yang dilaporkan ialah bakar bendera, menurunkan bendera, patahkan, cabut serta mengoyak bendera parti,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini. - KOSMO!
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Pilihan_Raya&pg=pr_18.htm#ixzz2PsYMcVRC
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment