Monday, April 8, 2013

Pendedahan siapa Zulkifli Nordin

Blog penburukonline.blogspot.com
Saya tak hairan apa pun yang pembohong tu kata.

Saya dah tulis sebelum ini bahawa manusia bernama Zulkifli Nordin ini sangat saya curigai ini sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap di zaman Reformasi dahulu. Pada waktu itu, satu laman web yang saya percaya ada kaitan dengannya mengisytiharkan Zulkifli Nordinlah yang paling layak memimpin Reformasi setelah Anwar ditangkap

Bukan setakat itu sahaja, malah diatur satu pertemuan dengan Almarhum Ustaz Fadzil Noor di mana Zulkifli menayangkan-nayangkan dirinya sebagai pemimpin Reformasi menggantikan Anwar. Pertemuan itu diadakan di rumah seorang tokoh yang kemudiannya menjadi bisan Ustaz Fadzil.

Begitu sekali kelaku Zulkifli Nordin.

Walaupun ketika berlawan dengan Umno, ucapan-ucapannya penuh dengan perkara-perkara yang dicurigai sebagai pembohongan sehingga akhirnya Zulkifli Nordin tidak dibenarkan oleh pengurusan Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar berceramah di situ walaupun beliau diangkat oleh orang-orang yang mudah ditipu sebagai Yang Dipertua PAS Bandar Tun Razak. Orang PAS memang cepat kagum dengan orang yang macam tu. Kalau tak, tentulah Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tak dipilih oleh orang-orang PAS jadi Naib Presiden parti itu.

Pernah sekali saya bertemu dengan Zulkifli Nordin dalam ceramah PAS. Waktu itu saya jadi drebar seorang penceramah PAS. Zulkifli Nordin datang dengan Pak Salleh Bakar. Memang waktu itu mereka selalu bergerak berdua. Zulkifli Nordin berceramah dan Pak Salleh pula baca puisi.

Ketika makan di rumah tuan rumah di mana ceramah itu diadakan, saya kata kepada Zulkifli Nordin, "Awat hang ni ceramah kira nak membohong ja?!" Dengan muka yang langsung tak nampak rasa bersalah, Zulkifli Nordin hanya tersenyum sahaja.

Seorang pekerja Pejabat Agung PAS yang selalu memandu kereta yang dinaiki oleh Ustaz Fadzil menceritakan bahawa Almarhum Presiden PAS itu tidak suka berjumpa dengan Zulkifli Nordin.

Saya dah tulis lama dah dalam blog lama yang kini masih didelete oleh Google.

Satu hari ketika kawan tersebut memandu kereta yang dinaiki oleh Ustaz Fadzil hendak memasuki kawasan Markaz Tarbiyyah PAS di mana terletaknya Pejabat Agung PAS waktu itu, beliau lihat ada banyak kereta dan pemberita di sekitar markaz itu.

Ustaz Fadzil lalu bertanya, "Ada apa ramai-ramai ni?" Kawan itu menjawab "Ustaz Taib Azamuddin nak buat sidang akhbar".

Ustaz Fadzil tanya lagi, "siapa lagi ada?"

Pekerja Pejabat Agung PAS itu jawab, "Zul Nordin pun ada".

Ustaz Fadzil pun terus mengarahkan, "Patah balik! Patah balik!"

Ustaz Fadzil dan pekerja Pejabat Agung PAS itu kemudianya pergi minum di kedai Anuar Hasan (juga salah seorang pekerja Pejabat Agung PAS) yang ketika itu betul-betul di sebelah Markaz Tarbiyyah PAS itu.

Sampai begitu sekali sikap Ustaz Fadzil terhadap Zulkifli Nordin. Ramai yang tahu cerita itu.

Apa pun kesilapan PAS menerima Zulkifli Nordin sebagai ahlinya, perkara itu sudah ditebus menjelang pilihan raya 2004 apabila Zulkifli Nordin ditolak dari dijadikan calon PAS dalam pilihan raya tersebut oleh Majlis Syura Ulama PAS.

Dipetik dari blog:
~penarik beca

No comments:

Post a Comment