Monday, April 8, 2013

Presiden Ukraine ampunkan bekas menteri




LUTSENKO keluar dari sebuah penjara di Makoshino, 220 kilometer dari Kiev semalam.


KIEV - Presiden Ukraine, Viktor Yanukovich semalam mengampunkan dua sekutu pembangkang politik utama beliau iaitu bekas Menteri Dalam Negeri, Yuri Lutsenko dan bekas Menteri Alam Sekitar, Heorhiy Filipchuk.
Namun, beliau tidak mengambil sebarang langkah untuk membebaskan bekas Perdana Menteri, Yulia Tymoshenko.
Langkah itu dilihat bagi menjaga hati negara anggota-anggota Kesatuan Eropah (EU).
Menurut Pejabat Presiden, Yanukovich telah menandatangani satu perintah pengampunan melibatkan Lutsenko dan Filipchuk.
Kedua-dua mereka dipenjarakan kerana menyalahguna kuasa.
Lutsenko sebelum ini menerima hukuman penjara empat tahun.
Pada minggu lepas, beliau membuat rayuan tetapi ditolak sebuah mahkamah di sini.
Filipchuk pula dijatuhi hukuman penjara tiga tahun pada 2012.
Negara-negara EU menyatakan hukuman ke atas Tymoshenko yang menjalani hukuman penjara tujuh tahun kerana menyalahgunakan kuasa dengan melibatkan penahanan Lutsenko serta Filipchuk dibuat atas dasar motif politik.
Sementara itu, ribuan orang berhimpun di sini bagi menuntut peletakan jawatan Yanukovich ekoran krisis politiknya dengan pihak pembangkang itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2Ps9jGB2V 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment