Pervez Musharraf
Pervez Musharraf
KARACHI - Pakistan memberi kebenaran bekas Presidennya, Pervez Musharraf bertanding pada pilihan raya umum bulan depan.

Musharraf bakal menjadi calon bagi daerah utara Chitral selepas ditolak di dua bahagian lain negara itu.

“Beliau tidak disabitkan kesalahan lagi jadi kita tidak boleh membatalkan pencalonan beliau,” kata pegawai Jamal Khan dipetik AFP.

Pembantunya, Rashid Qureshi berkata, pegawai-pegawai pilihan raya menerima kertas pencalonan beliau.

Pilihan raya umum parlimen akan berlangsung 11 Mei depan.

Pervez yang pernah memimpin Pakistan selama sembilan tahun itu kembali ke negaranya selepas berada dalam buangan.

Beliau turut menghadapi tuduhan gagal menyediakan jaringan keselamatan secukupnya kepada bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto menjelang pembunuhan beliau pada tahun 2007.

Bagaimanapun beliau menyifatkan kes terhadapnya tidak berasas dan ia bermotif politik semata-mata.

Minggu lalu, ramai pegawai yang lain membantah kertas pencalonan Pervez di Kasur.