Friday, May 17, 2013

dulu kata tak boleh....peniaga kereta rugi...


Kerajaan jamin ambil langkah turun harga kereta

17/05/2013 3:17pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan akan melaksanakan Aku Janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lepas mengenai penurunan harga kereta secara berperingkat-peringkat.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi jaminan bahawa kerajaan akan memperhalusi langkah tindakan ke arah menurunkan harga kereta di negara ini.
Beliau, yang dilantik semula ke portfolio itu di dalam barisan kabinet yang baharu turut menjelaskan bahawa kementeriannya mempunyai tugas besar untuk dilaksanakan memandangkan landskap ekonomi dan politik negara telah berubah secara radikal serta memberi impak kepada fungsinya.
"Perhatian yang lebih juga akan diberikan kepada negeri Sabah dan Sarawak.
"Ketelusan dalam urus tadbir akan dipertingkatkan sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat kepada pentadbiran kerajaan serta memberi respons yang cepat kepada isu-isu yang dibangkitkan," katanya kepada pemberita pada taklimat media di sini hari ini. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0517&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_11.htm#ixzz2TXfzv8jq 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment