Kaherah: Sekumpulan militan tidak dikenali semalam menculik tujuh anggota keselamatan Mesir di Semenanjung Sinai yang terletak berhampiran sempadan Israel.
Sumber berkata, tiga anggota polis dan empat tentera dalam perjalanan dari Arish ke Rafah - kedua-duanya di Sinai Utara - menaiki teksi sebelum ditahan lelaki bersenjata.
Mereka kemudian diculik.
Setakat ini tidak dapat dipastikan siapa bertanggungjawab dalam kejadian itu atau motif serta apa tuntutan mereka.
Kerajaan Mesir masih cuba mengembalikan pengaruh mereka di wilayah itu sejak ia menjadi tidak terkawal ekoran kebangkitan rakyat menolak Presiden Hosni Mubarak pada 2011. Kumpulan pelampau Islam yang kebanyakannya berpusat di Sinai Utara mengeksploitasi keadaan itu dengan melancarkan serangan ke Israel dan Mesir.
Ogos tahun lalu, 16 pengawal sempadan Mesir terbunuh dalam serangan didakwa dilakukan militan Islam yang kemudian melarikan kereta perisai sebelum menggunakan kenderaan itu memasuki Israel. - Reuters
No comments:
Post a Comment