Friday, May 17, 2013

KISAH MENGIRA DOSA



Abu Bakar Al Katani r.a menceritakan ada seorang mengira sendiri kejahatannya. Pada satu hari ia mengira tentang umurnya. Ia dapati umurnya 60thn. Ia mengira berapa hari umurnya itu, maka ia dapati umurnya sebanyak 21,240hari. Tiba-tiba ia memekik sekuat-kuatnya lalu pengsan tak sedarkan diri. Apabila ia sedar maka ia berkata "Alangkah ruginya aku datang menemui Tuhanku dengan membawa sebanyak 21,240 dosa. Ini pun jika aku melakukan pada setiap hari hanya satu dosa sahaja. Bagaimana jika aku lakukan pada satu hari itu pelbagai dosa yang tak terkira?"

Kemudian ia mengeluh panjang "Aku sendiri yang salah dan bertanggungjawab. Aku telah membangunkan dan memajukan duniaku tetapi meruntuhkan akhiratku. Aku telah menentang perlindungku Allah yang Maha Mengurnia. Kemudian aku sangat benci untuk berpindah dari kemajuan kepada kehancuran. Bagaimana aku akan datang di hari mengira amalan yang tercatat di dalam kitab catatan amal dan bagaimana aku menghadapi azab itu tanpa amal dan pahala? "

Kemudian ia menjerit sekuat-kuatnya lalu jatuh ke bumi. Apabila orang ramai Cuba menolongnya didapati ia telah mati. Semoga Allah memberikan rahmat ke atasnya.

No comments:

Post a Comment