Friday, May 17, 2013

Ismail mula bersara



ISMAIL melambaikan tangan sebagai tanda akan mula bersara pada Majlis Perbarisan Perpisahan KPN di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu merupakan antara perkara yang paling sukar dilupakan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar sepanjang 42 tahun berkhidmat dalam pasukan polis.
Ismail, 60, yang bersara semalam berkata, lebih membuatkan dia terkesan ialah apabila insiden itu turut mengorbankan nyawa 10 anggota dan pegawai polis kerana ia berlaku ketika dia memegang jawatan nombor satu dalam pasukan polis.
Katanya, menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan perkara itu dapat ditangani dengan baik.
“Perkara yang saya tidak dapat lupakan apabila kumpulan pengganas Sulu cuba menggugat keselamatan dan kedaulatan negara.
“Alhamdulillah dengan kerjasama dari pasukan Angkatan Tentera Malaysia pencerobohan itu dapat ditangani walaupun berlaku pertumpahan darah,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perbarisan Perpisahan KPN di Pusat latihan Polis Jalan Semarak di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0517&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2TUrXBOnu 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment