17 Mei 2013
KABUL - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan lebih 30 cedera dalam serangan bom kereta berani mati yang menyasarkan konvoi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di ibu negara Afghanistan, semalam.
Jurucakap polis Kabul, Hashmad Stanakzi berkata, serangan berpunca daripada sebuah kereta berisi bom.
"Letupan itu amat kuat sehingga bangunan bersebelahan dengan lokasi terbakar," kata Stanakzi.
Dua hospital di Kabul melaporkan menerima enam mayat dan 37 mangsa cedera selain tidak menolak angka korban meningkat.
Sementara itu,menurut laporan AP, kumpulan militan Hizb-e-Islami mengaku bertanggungjawab terhadap serangan, bertujuan menghapuskan anggota penasihat Barat yang menyertai konvoi berkenaan. Letupan bom kereta berani mati itu merupakan serangan kedua oleh Hizb-e-Islami di Kabul pada tahun ini.

No comments:
Post a Comment