Friday, May 3, 2013

Isu Poligraf Menutup Malu Ku Nan kerana tidak turun Berdebat dengan Husam Musa Ku Nan semakin terdesak sekarang

Friday, 3 May 2013

 Isu Poligraf Menutup Malu Ku Nan kerana tidak turun Berdebat dengan Husam Musa Ku Nan semakin terdesak sekarang, pelawaan daripada Husam untuk menghadiri sesi bual bicara bersama rakyat, bagi membentangkan pelan kehadapan untuk Putrajaya dalam konteks PRU13. Wacana sihat ini yang dihadiri lebih 3000 orang di Presint 3 (Belakang Istana Kehakiman) juga di kendalikan oleh moderator jemputan , Dr. Maszlee Malek , Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa. Apabila menanti kehadiran Ku Nan yang tidak kunjung tiba, akhirnya program tersebut terus berlansung dengan lancarnya, Soalan-soalan yang agak Panas dilontarkan oleh moderator kepada Husam, namun ianya di jawab satu persatu dengan tenang dan cukup padat, tentang idea, dan juga pelan pelaksanaan yang meliputi kebajikan penduduk , penjawat awam, peniaga, guru, pembangunan dan semua aspek kebajikan. Tiada lansung menghentam atau mengkritik peribadi Ku Nan sepertimana yang UMNO/BNPutrajaya sedang lakukan sekarang yang lebih mengsasarkan fitnah dan mengaibkan Husam. Diskusi pada malam tersebut turut di meriahkan lagi dengan kehadiran seorang tokoh agama tanah air, iaitu Dr. Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA).

No comments:

Post a Comment