Friday, May 3, 2013

Petugas Barisan Nasional parah dibelasah di Lunas



KULIM 2 Mei - Seorang petugas Barisan Nasional (BN) parah akibat dibelasah empat lelaki dipercayai penyokong pembangkang, di Lunas, dekat sini awal pagi ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi ketika mangsa, C. Padiapan, 50, bertugas mengawal khemah BN di Taman Halia, Lunas, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Ghuzlan Saleh berkata, mangsa yang dikatakan duduk rehat bersama rakannya didatangi empat lelaki memakai topi keledar dan bersenjatakan parang.
"Padiapan dan rakannya, S. Selvam ditugaskan untuk menjaga peralatan pentas. Semasa sedang berehat, mereka didatangi empat lelaki menaiki dua motosikal dan terus membelasah Padiapan.
"Kejadian kemudian disedari Selvam dan dia jerit minta pertolongan. Selvam tidak mengalami kecederaan,'' katanya ketika dihubungi di sini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130502/je_10/Petugas-Barisan-Nasional-parah-dibelasah-di-Lunas#ixzz2SBIQDmZN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment