Friday, May 3, 2013

Pelakon Aida sah bercerai



SAAT bahagia Aida dan Suffian sebelum disahkan bercerai talak dua oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur 
semalam.


KUALA LUMPUR – Pelakon dan penerbit A. Aida mendakwa lega dan tidak lagi terbeban selepas sah diceraikan talak dua oleh bekas suaminya, Deputi Superintendan Suffian Sulaiman di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.
Namun Aida tidak menafikan dirinya terkejut selepas Suffian memaklumkan ingin menceraikannya dengan talak tiga semasa kes permohonan cerai didengar di dalam kamar Hakim Syarie Umamuddin Yunus.
“Hakim kemudian menegur (Suffian) kerana ia haram dan berdosa, dia (Suffian) juga dipujuk peguamnya sebelum dia bersetuju cerai talak dua.
“Tapi Alhamdulillah saya tidak kisah, janji sudah bercerai,” tambahnya yang kelihatan gembira sejurus selesai prosiding secara tertutup itu.
Turut berada di kamar hakim ialah peguam Zulkifli Che Yong bagi pihak Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 41, dan peguam Ismail Mohd. mewakili Suffian, 44.
Terdahulu, pasangan itu bercerai secara baik di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 selepas Aida selaku plaintif memfailkan permohonan pada 27 September tahun lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0503&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2SBCB4Zji 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment