Thursday, August 14, 2014

Gorila tangisi kematian Williams



Agensi
GAMBAR fail tidak bertarikh menunjukkan aktor Robin Williams bersama gorila betina bernama Koko.


LOS ANGELES - Kematian bintang filem Mrs. Doubtfire, Robin Williams bukan sahaja diratapi komuniti Hollywood malah, kesedihan tersebut turut menyelubungi seekor gorila betina bernama Koko.
Menurut akhbar New York Post kelmarin, Koko memberitahu pelatihnya dia menangis apabila mendengar berita tragis itu.
Koko yang merupakan antara gorila popular di Amerika Syarikat kerana mampu berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat merupakan sahabat Williams.
Kedua-duanya bertemu pada 2001 dan pernah menjalani penggambaran bersama untuk iklan dana Yayasan Gorila tiga tahun kemudian.
Selepas mendengar beberapa pelatihnya berbicara mengenai kematian Williams, Koko menggunakan bahasa isyarat untuk memberitahu ia menangis.
Gorila itu kemudian mendiamkan diri dan kelihatan sedih selepas mendengar berita tersebut.
- Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0814&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3AJhBjUzi 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment