Saturday, October 25, 2014

Jokowi kemukakan senarai baharu Kabinet


JOKOWI bersama Naib Presiden, Jusuf Kalla (kiri) keluar dari masjid di Istana Presiden selepas menunaikan solat Jumaat di Jakarta semalam.- AFP


JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo telah mengemukakan senarai baharu anggota Kabinet negara itu kepada badan agensi antirasuah.
Joko atau lebih dikenali sebagai Jokowi yang dilantik sebagai Presiden pada Isnin lalu mengemukakan senarai anggota Ka­binet kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tetapi sebanyak lapan calon telah ditolak.
Langkah yang dilakukan oleh beliau itu belum pernah dilakukan oleh Presiden Indonesia sebelum ini.
“Kami telah menyerahkan nama senarai anggota Kabinet kepada agensi antirasuah dan sedang menunggu maklum balas daripada pihak berkenaan,” kata beliau kepada wartawan.
Katanya lagi, pengumuman senarai Kabinet itu akan dibuat secepat mungkin selepas mendapat kelulusan daripada agensi berkenaan.
Anggota Kabinet Indonesia terdiri daripada 34 menteri iaitu 18 orang daripada teknokrat dan 16 orang daripada parti-parti dalam gabungan parti.
Bekas Gabenor Jakarta itu turut merancang untuk menggabungkan beberapa kementerian dan memperkenalkan kementerian penyelaras bagi hal ehwal maritim yang dipilih sepenuhnya oleh Jokowi sendiri.
Beliau juga berjanji bahawa kedudukan menteri kanan termasuk menteri kewangan, tenaga dan perusahaan milik negara akan dipenuhi oleh ahli teknokrat. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1025&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3H6CNc1Mu 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment