Saturday, October 25, 2014

Pelajar adakan undian jalanan


Hong Kong: Aktivis prodemokrasi Hong Kong merancang mengadakan undian jalanan untuk mendapatkan pandangan peserta mengenai tawaran damai kerajaan.

Ketua demonstrasi yang melumpuhkan aktiviti di bandar itu sejak hampir sebulan lalu berkata, mereka akan mengadakan undian itu di kem protes utama berhampiran ibu pejabat kerajaan pada petang esok.

Dalam perbincangan diadakan dengan ketua pelajar Selasa lalu, jururunding kerajaan bersetuju menghantar laporan kepada Beijing yang menyuarakan pandangan penunjuk perasaan terbabit.

Turut dicadangkan, penubuhan jawatankuasa bersama bagi membincangkan pembaharuan politik yang boleh dilakukan selepas pilihan raya bagi memilih kepemimpinan baru pada 2017.

Seorang daripada pemimpin pelajar, Alex Chow berkata, pihaknya sebelum ini menolak tawaran berkenaan, namun selepas berbincang bersetuju mendapatkan undian orang ramai berhubung langkah seterusnya yang boleh diambil.

“Undian ini mampu menghimpunkan semua pandangan dan menunjukkan kepada kerajaan bahawa peserta di dari pelbagai kawasan demonstrasi meminta kerajaan memberikan cadangan penyelesaian yang praktikal,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Oktober 2014 @ 5:02 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3957#sthash.kXaqYnKq.dpuf

No comments:

Post a Comment