Saturday, October 25, 2014

Wanita mati di meja bedah

KLINIK tempat wanita itu melakukan pembedahan.
Bangkok: Seorang wanita Britain berusia 24 tahun meninggal dunia ketika ketika menjalani pembedahan kosmetik di sebuah klinik di sini, kelmarin.
Pegawai Penyiasat Leftenan Kolonel Chaliang Inthip berkata, kematian wanita itu tidak didedahkan identitinya itu dilaporkan kira-kira jam 11 malam.
Katanya, penyiasat dikejarkan ke klinik berkenaan dan mereka menemui mayat mangsa terbaring di atas meja pembedahan dengan kesan torehan sepanjang 7.6 sentimeter pada ‘ekor’ tulang belakangnya.
Mayat wanita itu dibawa ke hospital untuk dibedah siasat, manakala doktor yang menjalankan prosedur itu, Dr Sompob Saensiri, 51, disoal siasat polis.
Sementara itu, pegawai polis Bangkok berkata, Dr Sompob mendakwa wanita itu pernah melakukan pembedahan kosmetik di kliniknya sebelum ini.
Kali ini, kata pegawai polis itu, wanita terbabit meminta klinik berkenaan melakukan prosedur membetulkan ekor tulang belakangnya.
Dia bagaimanapun maut ketika sedang dibius secara intravena.
Menurutnya, penyiasat akan menyoal kakitangan klinik, semua doktor dan pembantu selain memeriksa premis itu untuk mengenal pasti sama ada peralatan pertolongan cemas disediakan seperti diperuntukkan undang-undang.
Katanya, bedah siasat juga dijalankan untuk memastikan punca sebenar kematian. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Oktober 2014 @ 5:03 AM- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3973#sthash.WPKXeCE3.dpuf

No comments:

Post a Comment