Wednesday, August 25, 2010

Tak bangrap tapi hutang tak mampu bayar

Pemberian duit raya bukti Felda tidak bankrap

BENTONG 24 Ogos - Pemberian duit raya kepada seramai 1,433 peneroka di Gugusan Felda Mempaga dekat sini baru-baru ini membuktikan Felda merupakan sebuah agensi yang kukuh dari segi pengurusan kewangannya.
Perkara itu disuarakan oleh para peneroka tanah rancangan terbabit yang menerima insentif duit raya bernilai RM1 juta yang disampaikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob di Felda Kampung Sertik dekat sini baru-baru ini.
Ketua Peneroka Felda Lurah Bilut, Kamaruddin Mat Doaa menegaskan, pihaknya amat bersyukur dan berterima kasih terhadap pemberian duit raya yang amat diperlukan masyarakat Felda ketika membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Tegasnya, hanya golongan yang mempunyai sifat hasad dengki cuba menafikan kemampuan Felda menyalurkan duit raya itu kepada masyarakat peneroka.
''Sebagai peneroka yang tinggal di tanah rancangan Felda tertua di negara ini, pemberian duit raya itu amat dihargai kerana tidak semua rakyat dapat menikmatinya," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan cek wang insentif produktiviti baru-baru ini.
Cek bernilai RM1 juta itu diserahkan kepada enam tanah rancangan Felda dalam Parlimen Bentong membabitkan 1,433 peneroka di Masjid Felda Kampung Sertik.
Enam tanah rancangan itu adalah Felda Kampung Sertik, Felda Mempaga 1, Felda Mempaga 2, Felda Mempaga 3, Felda Lurah Bilut, Felda Sungai Kemahal, Felda Kemasul dan Felda Chemomoi.
Menerusi insentif itu, peneroka yang bersama Felda mendapat RM350 sekeluarga manakala yang menanam sendiri memperoleh sagu hati RM150 bagi menampung perbelanjaan sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Ketua Peneroka Felda Sungai Kemahal, Ramly Abdullah berkata, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dengan kebajikan masyarakat Felda pada musim perayaan ini.
Menurutnya, masyarakat Felda harus menerima kenyataan bahawa tidak semua kerajaan di dunia ini mampu menjaga kebajikan rakyatnya seperti Barisan Nasional (BN).

No comments:

Post a Comment