Tuesday, September 21, 2010

Fitnah: MPK buat laporan polis


KANGAR 20 Sept. - Majlis Perbandaran Kangar (MPK) hari ini membuat laporan polis berhubung fitnah kononnya Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengarahkan pihaknya supaya tidak memindahkan para peniaga di premis lama Pasar Besar Kangar ke bangunan baru di Kampung Bakau di sini mulai 22 September ini.
Pada masa yang sama, aduan juga dibuat kerana fitnah serupa yang disebarkan di kalangan peniaga kononnya Menteri Besar, Datuk Seri Md. Isa Sabu juga telah mengarahkan MPK menangguhkan pemindahan berkenaan sehingga September 2011.
Yang Dipertua MPK, Rosli Mat memberitahu, kedua-dua laporan tersebut dibuat setelah mendapat perkenan daripada Raja Perlis sendiri kelmarin.
Selain itu, katanya, Menteri Besar turut menasihati MPK supaya segera membuat aduan polis bagi membolehkan pihak berkuasa bertindak segera terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah berkenaan.
"Pagi ini MPK membuat laporan untuk membolehkan polis mengambil tindakan selanjutnya,'' katanya di sini hari ini.
Pada masa sama jelasnya, aduan juga dibuat berikutan sebahagian daripada kemudahan seperti paip dan pagar di premis baru telah dirosakkan.
Sebelum ini MPK telah mengeluarkan arahan kepada para peniaga di premis lama supaya berpindah ke Pasar Besar Kangar yang baru mulai 19 hingga 21 September ini kerana pasar lama itu akan ditutup mulai 22 September ini.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment