Tuesday, December 14, 2010

Panggilan video hilang kesepian lelaki Korea

SEOUL: Lelaki Korea yang menghadapi masalah menemui cinta sejati dan dilanda kesepian kini boleh menerima panggilan video daripada teman wanita yang jelita jika mereka memuat turun perisian telefon pintar.
Syarikat perisian telefon pintar Korea Selatan, Nabix melancarkan perisian ‘Sayang, ini saya’ kepada pengguna iPhone pada 30 November lalu. Sebanyak 80,000 perisian dimuat turun dalam sehari pada tempoh percuma yang dilancarkan.

Perisian ‘Sayang, ini saya’ adalah yang pertama memaparkan panggilan video model imej maya. Mina, 22, akan membuat panggilan kepada pengguna telefon pintar tiga hingga empat kali sehari.

Terdapat beberapa perisian di pasaran yang boleh menghilangkan kesunyian lelaki bujang termasuklah perisian yang memperdengarkan bunyi wanita tidur pada waktu malam. - AFP

No comments:

Post a Comment