Tuesday, December 14, 2010

Zaid sertai AKIM


KUALA LUMPUR 13 Dis. – Setelah mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti pembangkang tersebut, Datuk Zaid Ibrahim kini menyertai sebuah lagi parti politik yang ditubuhkan pada 1995 iaitu Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).
Presiden AKIM, Zakaria Salleh yang mengesahkan perkara itu berkata, Zaid yang juga bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan telah menyerahkan borang keahliannya selepas mengumumkan keluar PKR 19 November lalu.
“Beliau (Zaid) sekarang sah sebagai ahli AKIM. Beliau telah serahkan borang keahlian pada November lalu. Jadi status beliau adalah ahli kita yang sah dan rasmi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Setelah menerima tekanan dan serangan peribadi bertubi-tubi daripada pimpinan PKR, Zaid pada 19 November lalu akhirnya mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa 16 Disember ini.

No comments:

Post a Comment